Sangat penting untuk tau negara mana yang perlu kita exclude penghantaran semasa buat listing produk di ebay.
Ini sangat penting untuk elakkan kita terpaksa cancell order.
Dah seronok dapat emel product sold dari ebay, bila cek…alamak… orang Israel yang beli rupanya.
Biasa yang SD pernah kena sebelum ni ialah Puerto Rico. Memang frust sungguh. Sebab biasa order yang masuk dari sini memang dalam amount besar.
Tapi lepas dah kena tu, terus exclude kan.
Itulah yang korang kena hadap bila tak exclude negara yang kurier tak cover untuk penghantaran.
Negara mana yang kena exclude tu?
Ia bergantung kepada kurier yang korang guna. Boleh refer atau tanya dekat customer service kurier tersebut.
Ada sesetengah tempat tu kurier kenakan kos penghantaran yang berlipat kali ganda.
Ada juga yang memang kurier tak hantar terus.
1- US Protectorates
Kawasan ini termasuklah Puerto Rico, US Virgin Iskalnd, US Minor Outlying Island, Guam, American Samoa dan Nothern Mariana.
Kos pos ke kawasan-kawasan ni sangatlah mahal dan tak berbaloi jika kita proceed postage.
So, kebiasaan yang dapat order dari sini, mereka akan kensel sahaja.
2- APO/FPO
Ini adalah kawasan ketenteraan. Kebanyakan kurier memang tak hantar ke kawasan ini.
So korang boleh exclude siap-siap ye.
Unutk pengetahuan korang APO adalah kawasan tentera darat dan FPO pula kawasan untuk tetera laut dan kapal laut.
BerkatPos sememangnya tak cover ke kawasan ini ye.
3- PO Box
Biasa yang guna po box ni kawasan apartment atau pejabat.
Hanya barang-barang yang boleh masuk dalam peti surat sahaja boleh dihantar.
Jika barang besar, memang akan bermasalah.
Korang boleh tanya pihak kurier sama ada boleh hantar ke tidak. Sebab kebiasaan ada pihak kurier yang akan hubungi penerima dahulu untuk tujuan hantar barang ikut masa penerima.
4- Alaska/Hawaii
Kita pun sedia maklum yang Hawai ni sebuah pulau di lautan pasifik antara California USA dan manila Filipina.
Alaska pula di kutub utara.
Kos penghantaran ke sini adalah sangat mahal.
Sebahagian kurier kenakan cas yang berasingan untuk dua tempat ini. Dan ada juga yang gunakan khidmat pihak ke tiga untuk penghantaran ke kawasan ini.
Setakat hari ini BerkatPos ada buat penghantaran ke dua tempat ini dan harga pun adalah sama.
Cara nak exclude semasa listing ebay
Semasa buat listing, korang akan jumpa bahagian Exclude locations.
Klik kat situ dan korang akan dapat paparan seperti kat bawah ni.
Tandakan atau tick pada kotak untuk tempat-tempat yang korang nak excludekan tu ye.
Oh ye, jangan lupa exclude kan Israel sama tau.
Dan sebagai seller Malaysia, biasanya kita akan exclude juga untuk Malaysia.
Semoga bermanfaat.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments