Ada banyak cara untuk kita buat research hot item di ebay. Sis Dila biasa gunakan fungsi Advanced Search. Jadi, apa pentingnya buat carian produk laku keras di ebay?
#1 – Nak tahu produk yang ada demand.
#2 – Cepatkan proses buat listing.
#3 – Belajar dari otai ebay.
Nak jadi ebayer yang advanced dan berjaya, kita kena bijak sikit. Buat research tentang produk yang memang ada permintaan. Kita kena tahu hot seller di ebay.
3 tips research hot item ebay ialah;
#1 – Kaji pesaing kita
Tengok apa yang pesaing kita jual di ebay stores mereka. Macam mana mereka buat pakej dan iklankan produk.
Kita ambil idea daripada kedai mereka dan olah ikut kreativiti sendiri.Cuba cari seramai mungkin seller yang jual hot item di ebay.
Bila ada banyak data, baru kita boleh buat perbandingan hot selling items.
Cek berapa banyak item yang dijual sold. Tengok juga bila tarikh barang tu terjual. Dari situ kita belajar selok belok bisnes ebay online shopping.
Cuba list produk yang sama seperti mereka juga di ebay store kita.
#2 – Guna software berbayar seperti Terapeak
Ini untuk ebayer yang dah subscribe ebay store, korang akan dapat terapeak.Manfaatkan fungsi terapeak ni.Dengan Terapeak, kita boleh tengok secara details data produk yang terjual.
Kalau belum ada terapeak, boleh guna fungsi Advanced Search di ebay.Walaupun Advanced Search adalah tools free, tapi dari sini juga korang boleh belajar.
#3 – Pastikan keyword jelas dan senang dicari
Keyword ni paling penting. Orang akan cari barang guna keyword.So, kita kena tahu apa keyword yang hot dan ramai seller guna.
Bila kita tahu rahsia ni, memang mudah nak buat research. Lebih banyak hot item selling online yang kita akan jumpa. Pilih sahaja nak listkan yang mana.
Semoga 3 tips ni dapat bantu korang yang baru nak mula buat bisnes di ebay.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments