Bila tengok seller fb/ig update daily sale, snap gambar pos produk berguni-guni, nampak seronok sangat kan. Sure sale ribu riban sehari.
Tapi bila tengok seller ebay update 5-6 barang je hantar sehari, rasa macam eh..sikit je. Tapi dia punya senyum tu, nampak serius happy sangat. Berapa sangat laa untung dia ni kan.
Boleh hidup ke buat bisnes di ebay ni?
Ada orang beli ke?
Siapa sangatlah yang nak beli?
Di luar negara tak ada jual ke barang ni?
Ha..untuk yang ada fikir macam ni, jom Sis Dila tunjuk pengiraan ini.
Susu Anlene Gold 5X
Di Shopee, susu ni dijual dengan harga RM22.99. Katakan harga yang dapat dari kilang adalah RM15
Jom kita kira sama-sama.
Harga Jualan – RM22.9
Harga Kilang – RM15
Shopee Fee – 2% X RM22.99 = RM0.46
Postage – Katakan percuma
So untung bersih dia adalah RM22.99 – RM15 – RM0.46 = RM7.53/unit
Sekarang kita tengok pula pengiraan untuk yang menjual di Ebay.
Harga Jualan – USD45.8 X 4.14 = RM190
Harga Kilang – RM15
Ebay & Paypal Fee – 15% X RM190 = RM28.50
Postage (DHL) – RM82
Untung bersih untuk jualan di Ebay adalah:
RM190-RM15-RM28.9-82 = RM64.10/unit
Ha..nampak tak?
Bila tengok dari segi kerja, lebih kurang sama je banyaknya kan. Tapi keuntungan, jauh beza. Hampir 9 kali ganda beza tu!
Mamee Daebak Ghost Pepper
Ni pula untuk mamee daebak. Kalo ikutkan, sejak 2 tahun lepas lagi mamee ni dapat sambutan di Ebay.
Tapi sampai sekarang, still ada permintaan untuk mamee ini.
Dekat Shopee, mamee ni dijual dengan harga RM4.99/unit.
Jom kita tengok pengiraan dia pula.
So untuk 5 unit mamee adalah RM24.95.
Katakanlah dia dapat harga dari kilang adalah RM17, jom kita kira untung dia.
Harga Jualan – RM24.95
Harga Kilang – RM17
Shopee Fee – 2% X RM24.95 = RM0.50
Postage – Katakanlah percuma
So dari sini kita nampak untung bersih dia adalah:
RM24.95 – RM17 – RM0.50 = RM7.45
Sekarang kita tengok pula, berapa seller Ebay jual mamee ni kat kedai ebay dia.
5 unit mamee yang sama ini, dijual dengan harga USD49.99 bersamaan dengan RM207.
Jom kita tengok pengiraan dia.
Harga Jualan – RM207
Harga Kilang – RM17
Ebay & Paypal Fee – 15% X RM207 = RM31.05
Postage guna DHL – RM71.76
So daripada sini, kita akan dapat untung bersih untuk penjualan 5 peket mamee pedas ni.
Untung jualan di Shopee RM7.45
Untung jualan di Ebay RM87.19
Hampir 12 kali ganda!
Just imagine, sehari terjua 10 unit susu Anlene ini, profit yang kita dapat adalah
Sale di Shopee = RM7.53 X 10 = RM75.30
Sale di Ebay – RM64.10 X 10 = RM641
Dari sini, beza profit adalah:
RM641 – RM75.3 = RM565.7 untuk sehari
Besar bezanya!
Nak belajar cara buat menjual di ebay? Boleh terus refer di sini
Kalau anda nak untung yang sama banyak dekat Shopee, bermaksud kena jual 90 unit susu sehari. Bercinta juga tu kan.
So, dah nampak kan?
Mana satu lebih masyukk?
Bukan bermaksud menjual di shopee tak bagus, tidak sama sekali. Tapi kan lagi bagus kalo kita kembangkan bisnes ke market antarabangsa menerusi platform Ebay dan dapat untung lagi berganda.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
Assalam sis dila, berapa lama tunggu withdraw utk rolling blk modal n untung utk newbie?
Wsalam zaty.. biasa dalam 2-3 hari ebay dan sent payout ke Payoneer.
Jika akaun baru- ebay hold 21 hari atau sehingga barang delivered