Ada orang takut untuk buat bisnes di ebay secara part time sebab risau tak boleh nak komited asbab masih bekerja sepenuh masa.
Sepatutnya, inilah masanya untuk kita belajar ceburi bidang baru (dalam bisnes) supaya jika apa-apa yang tak diingini berlaku, kita sudah ada pelan kedua (back up plan).
Tapi sebenarnya, ada pelbagai bisnes yang tak perlukan kita untuk letak komitmen 24 jam sehari untuk bermula. Buat bisnes ikut kapasiti kemampuan kita yang masih bekerja.
Apa yang penting ialah, kita masih boleh peruntukkan sedikit masa untuk jalankan perniagaan yang ingin diceburi dengan serius.
Sis Dila akan tunjukkan contoh berbisnes di ebay.
Kita sedia maklum, ebay adalah platform e-commerce antarabangsa yang ada lebih kurang 182 juta pelawat dari seluruh dunia.
Bisnes di ebay tidak memerlukan kita untuk berada di kedai setiap masa tetapi bisnes masih boleh berjalan 24 jam setiap hari tanpa henti (ini kelebihan bisnes online yang merangkumi seluruh pelusuk dunia).
Jadi, macam mana kita nak buat bisnes di ebay secara part time tetapi boleh dapat income seperti bekerja full time.
Okey, ini memang menarik sangat.
1- Faham nature bisnes yang kita nak ceburi
Bila nak buat bisnes di ebay, kita kena faham dulu apa yang perlu dibuat untuk pastikan bisnes kita berjaya.
Buat bisnes tapi tak ada jualan, itu buang masa namanya.Untuk bisnes di ebay, kita tahu bahawa;
- Bisnes ini secara atas talian
- Boleh buat bisnes guna handphone atau laptop
- Jual apa sahaja asalkan tidak bercanggah dengan undang-undang dan polisi penghantaran barang ke luar negara
- Berbisnes pada bila-bila masa sahaja
- Tak perlu whatsapp atau PM pelanggan untuk closed deal
- Bisnes dalam matawang yang berbeza
- Time freedom sebab kita tak terikat dengan sesiapa
Cukup 7 perkara ini untuk kita faham, bagaimana hakikat berbisnes di ebay. Mudah dan seronok kan. Kemudian nak buat apa?
2 – Set masa untuk buat bisnes
Peraturan penting untuk berjaya dalam bisnes adalah komitmen masa. Tentukan berapa jam sehari kita sanggup korbankan masa rehat dan fokus untuk bangunkan bisnes di ebay secara serius?
Katakan setiap hari kita nak peruntukkan 2 jam untuk buat bisnes ebay.
Jadi, cari masa yang terluang untuk kita selitkan masa 2 jam tersebut dan fokus buat kerja-kerja untuk bisnes ebay dengan sepenuhnya. No cheating!
Inilah masanya untuk kita pulun siapkan segala kerja-kerja yang berkaitan bisnes. Kenalpasti kaedah atau teknik untuk kita utilize masa yang dah kita tetapkan itu.
Maximize masa yang singkat itu untuk buat kerja-kerja yang boleh jana pendapatan di ebay.
3- Senaraikan tugasan untuk bisnes
Kita perlu senaraikan apa tugasan yang perlu dibuat setiap hari untuk pastikan bisnes di ebay dapat beroperasi seperti biasa dan ada hasil jualan daripada bisnes itu.
Bila buat bisnes di ebay ni, memang senang sangat nak uruskan masa dan order. Tak perlu luangkan masa 24 jam macam bisnes lain.
4- Setkan masa untuk proses order dan update listing barang
Ini adalah aktiviti utama yang paling crucial untuk semua seller di ebay. Bila nak kena proses order dan bila pula nak kena update senarai produk yang kita jual di ebay.
Selalunya kita akan ambil masa dalam 2-3 jam sahaja untuk selesaikan order daripada pelanggan. Selalunya pos barang 2 kali seminggu iaitu hari Selasa dan Jumaat.
Apa yang bestnya, kita tak perlu keluar untuk pergi pos pun sebab kalau guna Singpost atau DHL, mereka sendiri akan pickup di rumah atau pejabat kita.
Memang jimat lagi masa dan tenaga kita, tak perlu keluar dan bersesak nak selesaikan bab parcel.
Kalau kita bekerja dan ada pembantu rumah, mereka boleh tolong uruskan penghantaran barang kepada pelanggan (tunggu je kurier datang ambil barang di rumah kan).
Selain itu juga, kita perlu gunakan waktu hujung minggu untuk buat research tentang produk yang hot selling di ebay dan terus buat listing barang dalam account ebay.
Lebih menarik lagi apabila rutin harian kita masih kekal sama seperti biasa, hantar anak ke sekolah dan anak kecil ke pengasuh. Kita pergi kerja dan balik kerja ambil anak.
Tapi, ada bisnes yang sedang berjalan dan kita boleh buat duit tambahan pada setiap hari. Best kan!
5- Jaga handling time
Apa yang perlu buat semasa listing barang adalah buat handling time selama 5 hari. 5 hari adalah masa yang tepat untuk dapatkan stok barang untuk dihantar.
Selalunya stok barang boleh dibeli secara online melalui shopee ataupun dapatkan di kedai yang berhampiran rumah. Contohnya beli barang di Speedmart, Mydin, Watson atau Farmasi.
Andai kita konsisten buat bisnes di ebay secara part time, InshaAllah dapat juga cover duit bulanan setiap bulan. Boleh lah merasa untuk dapat extra income 4 angka setiap bulan.
Janji kita usaha untuk buat yang terbaik. Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments