Apakah rahsia strategi perniagaan Steve Jobs? Seorang ikon perniagaan yang menjadi idola kebanyakan usahawan mahupun orang-orang yang berjaya.
Jika anda pengguna jenama Apple pasti anda mengenali Steve Jobs iaitu peneraju jenama terkenal ini.
Apakah rahsia kejayaan beliau sehingga membolehkan jenama Apple dikenali di seluruh dunia termasuklah di negara kita?
Bagi pengetahuan anda, setiap orang yang berjaya pasti sudah mengalami beberapa kegagalan. Jika kita tidak pernah berada di fasa kegagalan, percayalah kita tidak akan pernah cuba untuk belajar menjadi yang lebih baik.
Hal ini turut dialami oleh Steve Jobs sehinggalah beliau berada di tahap yang sekarang. Jadi anda jangan mudah berputus asa untuk mencapai kejayaan.
Semua ini juga merupakan proses untuk anda mencapai kejayaan dalam hidup anda.
Tentang Steve Jobs
Serba sedikit mengenai perjalanan beliau untuk mengembangkan jenama Apple, ia bermula pada tahun 1976 iaitu buat pertama kalinya beliau mencipta komputer jenama Apple bersama rakan beliau iaitu Steve Wozniak.
Disebabkan beberapa hal yang berlaku dalam syarikat, beliau telah dipecat. Namun, tidak lama selepas itu, beliau dipanggil semula bekerja di syarikat yang sama.
Pada tahun 1997, syarikat beliau mengalami masalah kewangan dan terpaksa menerima pelaburan daripada syarikat lain.
Pada tahun yang sama, setelah syarikat beliau kembali pulih, beliau telah dilantik sebagai pegawai eksekutif. Di sini bermulalah jejak beliau mengembangkan lagi jenama Apple hinggalah sekarang.
Jika anda seorang peniaga yang ingin berjaya dalam perniagaan, anda patut ikuti 3 strategi perniagaan yang menjadi panduan Steve Jobs. 3 strategi tersebut adalah seperti berikut:
3 Strategi Perniagaan Steve Jobs
1. Fikir Berbeza (Think Different)
Ketika ingin mencipta produk-produk jenama Apple, perkara pertama yang difikirkan oleh beliau ialah perbezaan.
Beliau cuba mencipta sesuatu yang berbeza dengan produk-produk sama yang telah ada di pasaran.
Aspek-aspek yang beliau tekankan terdiri dari pelbagai aspek seperti kejuruteraan dan rekabentuk produk.
Seperti yang kita sedia maklum, jenama Apple merupakan jenama yang mahal di pasaran. Bagi membeli produk-produk jenama Apple, anda perlu membayar beberapa ribu ringgit untuk memilikinya.
Namun, harga tidak menjadi penghalang kepada syarikat ini untuk memperoleh keuntungan yang tinggi. Jenama ini telah berjaya meraih keuntungan sebanyak trillion dolar Amerika. Secara tidak langsung, jenama ini telah berjaya mengalahkan jenama-jenama teknologi yang lain.
Jika kita amati cara teknologi jenama Apple ini berfungsi, ia sangat ringkas dan berkualiti tinggi. Ini juga merupakan faktor jenama ini mendapat sambutan dalam kalangan pengguna.
2. Komunikasi dalam Perniagaan
Selain daripada penciptaan produk, aspek lain yang turut dititik beratkan oleh Steve Jobs ialah cara berkomunikasi dengan khalayak ramai (pelanggan).
Komunikasi yang efektif sangat penting dalam membantu pengenalan produk di khalayak ramai. Sebagai salah seorang peneraju jenama Apple, beliau tidak pernah ketinggalan untuk memperkenalkan sendiri fungsi produk yang telah dicipta di bawah jenama Apple seperti telefon pintar iPhone.
Di samping itu, selain beliau dapat menerangkan cara penggunaan produk jenama Apple, beliau dapat mendekati orang ramai dengan berkomunikasi dengan mereka dengan menjawab solan-soalan yang ditanya oleh para pelanggan yang menghadiri majlis perasmian produk baru beliau.
Hal ini sangat penting dilakukan oleh para peniaga yang ingin berjaya dalam perniagaan masing-masing. Tambahan pula, hal ini dapat memperlihatkan sikap prihatin seorang penjual terhadap keperluan pelanggan.
Nak bisnes bertahan lama? Buat 7 perkara penting ini
3. Keep It Simple
Aspek ketiga yang beliau amalkan ialah sifat keringkasan. Jika anda ingin melakukan sesuatu ataupun menghasilkan sesuatu produk, pastikan anda membuatnya secara ringkas agar lebih mudah digunakan dan lebih mudah difahami.
Seperti yang anda sedia maklum, telefon pintar iPhone mempunyai sistem yang lebih ringkas dan mudah berbanding telefon pintar jenama lain yang ada di pasaran.
Namun, walaupun ia sangat ringkas terdapat beberapa aplikasi yang sudah disetkan khas bagi menghasilkan kualiti yang tinggi semasa penggunaannya.
Manakala, produk keluaran jenama Apple juga sangat tahan lama. Jadi sangat berbaloi dengan harga penjualan produk-produk ini. Pengguna juga tidak keberatan untuk membelanjakan wang mereka membeli produk-produk ini kerana boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama.
Kesimpulannya,
Itulah dia 3 aspek yang boleh kita ikuti untuk menjadi seorang peniaga yang berjaya.
Menurut Steve Jobs, aspek lain yang membantu dalam kejayaan sesebuah perniagaan adalah dengan menggunakan produk yang berkuliti tinggi, pengagihan produk yang efisien dan pemasaran yang berkesan.
Semoga perkongsian tentang strategi perniagaan ini bemanfaat untuk kita sama-sama mendapatkan idea untuk perniagaan
0 Comments