Dalam post kali ini saya nak kongsikan pengalaman saya kenapa perlu berniaga pada masa ni. Walaupun dalam Islam 9/10 kekayaan itu datangnya dari berniaga. Tak semua terbuka atau berminat untuk berniaga. Ada yang selesa makan gaji.
Rezeki setiap orang itu sudah tertulis. Cuma jangan kita lupa sebagai orang Islam, pesan Allah Kita kena ingat, Allah selalu melihat usaha-usaha hambanya, seperti dalam firman Allah dalam surah Ar-Ra'ad ayat 11,
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Maka disini, jelas tidak cukup dengan hanya berdoa, kita wajib berusaha untuk mendapatkan apa yang kita inginkan.
Rezeki pastinya ada di mana-mana saja. Tetapi sebagai manusia, kita digalakkan berniaga untuk memajukan taraf ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup kita sendiri.
Kenapa Perlu Berniaga
#01 Mempunyai masa sendiri.
Ini adalah salah satu nikmat yang paling besar dan agar sukar jika kita kerja makan gaji. Ini adalah pengalaman saya sendiri.
Saya sendiri sebelum ini pernah bekerja di sektor swasta lebih kurang 11 tahun. Sebelum berhenti kerja dan mengambil jalan untuk berniaga sendiri.
Sepanjang saya berniaga ni, saya mempunyai masa yang tidak terhad bersama keluarga atau rakan-rakan. Cumanya urusan perniagaan juga perlu dijalankan dengan baik.
Sentiasa tak cukup masa bersama keluarga
Ketika saya bekerja dahulu disektor swasta sebagai site supervisor, saya sama seperti ramai orang sentiasa mengadu tidak mempunyai masa yang mencukupi bersama keluarga kerana terlalu sibuk bekerja. Kadang-kadang terpaksa kerja sehingga lewat malam dan hujung minggu.
Jemputan majlis keluarga, dari 10, boleh cakap hanya 2 saja yang dapat dipenuhi. Kadang ada situasi saya di perlukan oleh keluarga, saya tak dapat tunaikan disebabkan kerja.
Bagaimana pula dengan mereka yang bekerja seperti kerja offshore, frontliner seperti askar atau kelasi, jarang sekali golongan ni dapat berjumpa dengan keluarga.
Tabik hormat dengan mereka ni!. Pengorbanan mereka sungguh besar untuk kita semua
2. Untuk memenuhi keinginan.
Pastinya setiap kita ni ada keinginan masing-masing. Dan keinginan ini lah yang akan mendorong kita untuk melakukan sesuatu perkara.
Saya tak nafikan bekerja makan gaji ni boleh untuk penuhi keinginan masing-masing. Cumanya bila ia melibatkan kewangan, jika hanya makan gaji, sumber kewangan kita pun terhad dengan nilai tersebut setiap bulan. Contohnya, jika gaji kita sebulan RM1600, maka itulah jumlah yang kita akan tunggu dan terima setiap bulan.
Nak tunggu kenaikan gaji atau imbuhan seperti bonus pun perlu tunggu setahun. Itu pun kita dapat setahun sekali.
Sekiranya kita dah tahu pendapatan tak mencukupi untuk memenuhi keinginan diri dan keluarga, maka kita sendiri boleh berusaha dengan menjalankan bisnes secara part time.
Ya, itulah yang sempat saya lakukan sebelum saya sampai ke tahap ni. Ada banyak bisnes yang boleh di lakukan tanpa perlu korang berhenti pun.
Idea-idea bisnes part time yang boleh dijalankan baca disini
3. Membantu keluarga dan yang memerlukan.
Nak bantu orang ni tak semestinya kita kena berniaga. Betul saya setuju. Nak bantu orang ni banyak cara lain.
Cuma saya highligt kan dekat sini, berdasarkan pengalaman saya dan apa yang saya alami. Masa saya kerja dulu, banyak kali saya terlepas. Banyak kali keluarga minta bantuan saya untuk banyak perkara. Yang ketika itu keluarga hanya ada saya untuk berharap.
Bantuan dari segi wang, masa, tenaga dan kepakaran.
Hanya tuhan saja yang tahu, dalam lubuk hati kecik ni. Kebanyakan saya tak dapat bantu disebabkan masa.
Jika berniaga ni niat yang betul dan kita laksanakan dengan betul. InsyaAllah banyak yang kita boleh bantu. Malah kita mempunyai kelebihan untuk membantu lebih ramai orang. Terutama insan-insan yang kita sayangi.
4. Cabar kemampuan diri sendiri.
Dunia perniagaan ni memang sangat-sangat mencabar dan perlukan kita berjiwa kental. Sabar adalah kunci paling perlu.
Tak seperti makan gaji, kita hanya perlu kerja seperti biasa. Ada masa kita rajin, ada masa kita malas. Hujung bulan kita tetap terima amaun gaji yang sama. Berkat atau tak berkat terpulang kepada individu. Itu lain cerita.
Berlainan dengan orang yang jalankan bisnes ni. Kalau tak rajin, bermalas-malasan, alamat lingkup perniagan.
Saya percaya, bukan saya sendiri, malah setiap pendiri bisnes dan mereka yang berniaga ni sudah tentu suka kepada cabaran. Hanya itu yang akan memotivasikan untuk rajin berusaha
5. Perniagaan boleh diwarisi
Bila kita dah bekeluarga dan mempunyai anak. Fikiran kita tidak lagi tentang diri atau pasangan. Kebanyakan kita akan lebih banyak habiskan masa untuk fikir kebajikan dan masa depan anak-anak kita.
Dengan jalan berniaga, kita boleh mewariskan perniagaan kita kepada anak-anak apabila kita mati atau apabila tiba masanya kelak. Maka sumber dan pendapatan mereka dapat terus dijana.
Tapi jika kita bekerja makan gaji, apabila berhenti kerja, maka lazimnya terhentilah sumber pendapatan untuk kita dan keluarga. Cuma berharap pada pencen lah.
Akhir kata, nasihat saya sendiri, jika bekerja, jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada sekarang. Bila-bila masa sahaja, jika kita tidak diperlukan oleh syarikat, kita boleh diberhentikan kerja.
Lagi buruk jika kita tidak bersedia, tetapi terpaksa diberhentikan kerja. Lihat sahaja pendemik Covid-19 beribu-ribu orang diberhentikan kerja serta-merta.
Bermula dari sekarang korang cubalah buka mata, dan berjinak-jinak dengan bisnes. mulalah membaca buku keusahawanan, biografi usahawan berjaya atau menghadiri seminar keusahawan. Juga, bergaul dengan usahawan lain akan memberi lagi input kepada diri kita sendiri untuk lebih memahami dan mengetahui dunia keusahawanan. Semua ini sedikit sebanyak akan mencambah minat dan semangat kita.
Kalau tak ada idea korang selalu la jengkuk di blog ni selalu .
Banyak perkongsian-perkongsian akan disajikan berkaitan bisnes untuk korang. Saya
harap perkongsian saya ni akan menjentik hati korang kenapa perlu berniaga
0 Comments