Korang pernah tak guna servis Fiverr?
Untuk korang yang menjalankan bisnes online tak kira sama ada secara part time atau full-time, Mesti mesti ada masa korang tak sempat nak buat semua benda.
Lebih-lebih buat korang yang menjalankan bisnes online secara solo. Bisnes online, walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya banyak kerja-kerja yang melambatkan proses dan berpotensi membuang banyak masa.
Lebih teruk lagi, akan buatkan korang down, sebab pergerakan bisnes korang menjadi delay atau slow disebabkan perkara-perkara kecil.
Sebagai seorang solopreneur, korang sebenarnya boleh outsource sahaja perkara-perkara kecil dan teknikal.
Apa itu Fiverr?
Ianya merupakan sebuah platform e-dagang kepada freelancer dan juga syarikat untuk menjual perkhidmatan mereka dengan menyatakan apakah servis dan perkhidmatan yang mereka sediakan di platform tersebut.
Harga Gigs (tugasan/kerja) bergantung pada jumlah yang diperoleh penjual bagi setiap tugasan yang telah selesai
Job yang disenaraikan pada platform fiverr juga ada pelbagai. Ianya terdiri daripada sekecil-kecil tugas seperti design kad perniagaan, sehinggalah kerja-kerja teknikal seperti pengaturcaraan kod HTML, JavaScript, CSS dan jQuery
Cabaran peniaga online
Bagi yang menjalankan bisnes online, pasti akan terpalit dengan hal remeh-temeh berkaitan bisnes online ni.
Seorang usahawan online yang bergerak solo, perlu buat perkara-perkara seperti mengambil gambar produk, membuat logo bisnes, membuat copywriting produk dan lain-lain.
Tidak cukup itu, seorang solopreneur juga terpaksa memikirkan cara untuk memasarkan produk di media sosial, membuat laman web, mempromosikan produk di laman web e-dagang, dan banyak lagi la.
Jika korang mempunyai kemahiran untuk buat kebanyakan kerja-kerja itu tadi, pastinya ia akan mengambil banyak masa.
Fikir balik…
Cuba fikirkan sejenak. Mengapa korang nak buat bisnes online?
Salah satunya sebab untuk mempunyai pendapatan sampingan. Nak masa yang banyak bersama keluarga. Nakkan masa yang fleksibel.
Dan sudah tentu tujuan utama kita untuk menjalankan bisnes online, agar mendapat untung hasil daripada jualan produk atau tawaran servis yang kita berikan dengan kadar yang segera.
Tetapi, lumrah yang biasanya terjadi bila kita menjalankan bisnes online secara solo, banyak benda baru yang kita akan hadapi. Tapi tak semua kita tau dan boleh buat.
Outsource kan aje!
Jadi ini adalah salah satu penyelesaian dengan mengunakan khidmat freelance yang ada di platform ini.
Korang hanya perlu out source sahaja perkara yang remeh-temeh dan yang korang tak mahir.
Sebagai soloprenurship. Hanya perlu fikirkan bagaimana untuk buat duit lebih banyak. Dan urus kewangan dengan baik.
Ingat, dunia bisnes online, perlukan kita bergerak pantas. Makin lambat kita bergerak, makin slow jugak income kita.
Outsource job berkaitan bisnes ebay… Fiverr kan ada!
Ha, untuk yang buat bisnes ebay tu ada beberapa job yang korang boleh out source dengan freelancer di platform ini.
Antaranya servis tingkatkan trafik ke list ebay kita. Korang, boleh fikirkan apa yang korang perlukan untuk bisnes ebay korang boleh bergerak laju.
Antaranya korang boleh cuba servis sebegini seperti di bawah. Mereka tidak janjikan yang korang akan dapat jualan tetapi korang boleh lihat semakin banyak trafik yang masuk ke kedai online korang.
Secara logiknya. Makin banyak orang datang ke kedai kita, makin tinggi potensi orang akan beli melalui kedai kita.
Trafik yang tinggi juga, membantu untuk listing produk ebay kita naik pada paparan teratas carian ebay.
Upah murah, servis superb
Apa yang menariknya tentang Fiverr ni, upah untuk mendapatkan servis freelance sangat berbaloi dan murah. Bermula dengan harga serendah 5 US Dollar korang dah boleh dapatkan servis dari freelancer yang berpengalaman.
Jika korang menggunakan perkhidmatan di platform ni juga, korang boleh membuat rundingan harga kepada para freelancer tersebut. Yang pasti bayaran yang mereka kenakan tak terlalu tinggi.
Hasil kerja para freelancer juga sangat bagus. Korang boleh semak pada rating yang diberikan oleh para pelanggan yang telah menggunakan khidmat mereka ini.
Freelancer yang menawarkan servis, sangat berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing, jadi korang jangan terlalu risau dengan hasil kerja mereka.
Pendaftaran
Untuk mengunakan platform Fiverr ni, hanya perlu isi maklumat ringkas seperti email dan password bagi tujuan pendaftaran . Tiada sebarang bayaran yang akan dikenakan. Ianya percuma sahaja untuk menjadi ahli
Jika korang mempunyai persoalan, mahupun masalah berkaitan, boleh rujuk link support mereka untuk bantuan.
Sila follow rules yang ada di Fiverr.
Urusan pembayaran
Bayaran jual dan beli hanya boleh dilakukan menggunakan Paypal.
Sekiranya korang berminat sama ada untuk mengunakan servis freelancer Fiverr atau nak jawarkan job di situ, memang wajib kena ada akaun paypal. Paypal juga adalah percuma. Untuk nak tahu cara daftar paypal. Korang boleh rujuk di sini
Kalau korang ada pengalaman sama, boleh kongsikan di ruangan komen di bawah
0 Comments