Cabaran utama sebagai peniaga mahupun usahawan, ialah bagaimana cara tingkatkan sale dan seterusnya meningkatkan keuntungan, walaupun hanya bisnes dari rumah.
Pasti ada jalan, sekiranya kita berusaha dan tidak mudah putus asa dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam dunia perniagaan.
Apa yang penting ialah, kita tidak jemu untuk belajar dan meningkatkan pengetahuan dengan belajar ilmu yang betul untuk kemajuan perniagaan kita sendiri.
Saya percaya, tak semua orang akan mempunyai result yang sama walaupun belajar ilmu yang sama dari guru yang sama.
Dan tak semua orang sesuai dengan satu-satu cara. Ianya memerlukan untuk kita bertindak dan sesuaikan dengan situasi kita sendiri.
Oleh itu, di sini saya kongsikan beberapa cara untuk tingkatkan sale, yang boleh di praktikan walau pun kita hanya menjalankan perniagaan dari rumah sahaja.
1. Fahami misi perniagaan kita – Cara tingkatkan sale
Setiap perniagaan, perlu ada rangka kerja supaya boleh melihat dengan jelas perancangan perniagaan kita.
Sebagai pemilik perniagaan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menetapkan apa misi dan visi perniagaan yang kita hendak capai.
Dalam erti kata lain, kita perlu tahu tujuan kita menjual sesuatu produk dan target yang hendak kita capai dalam tempoh jangka pendek dan jangka panjang.
Sebagai contoh, kita perlu tahu apa kebaikan produk kita?
siapa yang sesuai menggunakan produk kita?
Bagaimana hendak menarik pelanggan untuk membeli produk kita?
Dan golongan mana yang banyak membeli produk kita?
Elemen-elemen ini yang perlu kita tekankan dalam perniagaan kita.
2. Pecahkan misi kita pada matlamat yang lebih kecil
Bagi peniaga yang baru memulakan perniagaan, perancangan yang teliti adalah sangat perlu bagi meramal sebarang kemungkinan yang boleh berlaku pada tahap awal.
Lebih digalakkan agar misi yang telah ditetapkan dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian yang lebih kecil.
Ambil semangat bisnes dari Syed Mukhtar Al- Bukhari di sini
Ianya akan memudahkan kita melihat anggaran keuntungan yang kita perolehi sama ada mendapat pulangan modal atau sebaliknya.
Sebagai contoh, kita boleh membuat perkiraan keuntungan yang kita dapat dalam sehari, seminggu, dan seterusnya bulan dan tahun yang kedepan.
Berdasarkan statistik keuntungan yang telah dibuat tersebut, membolehkan kita membuat penilaian sama ada kita memperoleh pencapaian yang memberangsangkan atau sebaliknya.
Sekaligus, kita boleh mengambil langkah cepat untuk mengurangkan risiko kerugian, dan membuat penambahbaikan kepada kekurangan sebelum ini
3. Jual ikut keperluan pelanggan – Cara tingkatkan sale
Salah satu cara tingkatkan sale ialah dengan kita sediakan perkhidmatan atau jual produk yang memang di perlukan oleh bakal pelanggan kita.
Perlu untuk kita membuat kajian tentang perkhidmatan mahu pun produk yang kita hendak jual.
Adakah akan mendapat sambutan dalam kalangan pelanggan mahupun tidak?
Sebagai contoh, produk kosmetik dan makanan sangat laris pada masa sekarang.
Namun, kita juga perlu peka tentang persaingan terhadap perkhidmatan mahupun produk yang kita hendak jual itu.
Apa yang kita boleh buat supaya kita berbeza dengan peniaga yang lain?
Teknik kita berniaga juga perlu lebih kreatif dan mampu memenuhi keperluan para pelanggan kita.
Oleh sebab itu, pentingnya kita sentiasa upgrade ilmu perniagaan dengan mempelajari ilmu yang berkaitan untuk diaplikasikan dalam perniagaan.
Cara kita memasarkan produk juga sangat penting.
Bagaimana kita mempromosikan jualan kita supaya pelanggan ingin membeli jualan kita?
Sebagai contoh, cara kita mengiklankan produk kita dilaman sosial – perlu mempunyai gambar yang menarik serta slogan yang mampu menarik perhatian pelanggan sehingga tertarik untuk membeli produk kita.
Harga produk kita juga perlu berbaloi dan tidak terlalu tinggi agar pelanggan tidak keberatan untuk membelinya.
4. Cipta dan kekal elemen yang pelanggan sukai
Setiap produk akan mempunyai tarikan yang berbeza.
Buat kajian, apa yang pelanggan kita suka dengan servis mahupun produk yang kita jual.
Kekalkan apa yang pelanggan suka dan tambah baiki apa yang pelanggan tidak suka. Kita hanya boleh lakukan perkara ini dengan cara bertanya terus dengan pelanggan yang telah mendapatkan produk atau menggunakan servis yang kita sediakan.
5. Jual setiap produk atau servis dengan bertujuan
Satu konsep yang perlu kita ingat bila cuba untuk menjual atau memberikan perkhidmatan kepada pelanggan ialah, kenapa kita berikan servis tersebut, atau kenapa kita jual produk tersebut.
Dengan cara begini, kita akan dapat kenal pasti siapa bakal pelanggan yang memerlukan servis atau produk kita.
Bila dah tahu, baru mudah untuk kita membuat iklan dan menyasarkan kepada orang yang betul.
Kesimpulannya
Ini adalah sebahagian cara tingkatkan sale yang kita boleh praktikan walaupun hanya berniaga dari rumah.
Ada banyak lagi sebenarnya cara yang kita boleh praktikan.
Apa yang penting jangan pernah berhenti untuk belajar sambil take action. Semoga ianya bermanfaat dan membantu.
0 Comments