Baca pada tajuk tu, cara buat bisnes rumah sewa tanpa beli rumah, macam pelik je kan…
Ada ke bisnes macam ni?
Scam ke?
Sepanjang yang kita semua tau, nak buat ni, kena beli rumah dulu dan baru boleh bagi sewa ke orang lain.
Sebenarnya memang ada gais… kita rasa tak logik dan pelik sebab kita tak tau dan tak ada pendedahan pasal bisnes macam ni.
Orang lain dah buat untung berganda-ganda dah dengan bisnes ni.
Perlu Modal besar Ke Nak Buat Bisnes Rumah Sewa Ni?
Perlu Beli Rumah Dulu Ke Nak Buat Bisnes Rumah Sewa Ni?
Jika ikut pada kebiasaan, jawapannya adalah – Ya!
Tapi ini adalah cara lama dan kebanyakan orang yang buat bisnes sewa rumah ni dah tak guna cara ni.
Ada Ke Cara Tak Perlu Keluar Modal Besar?
Sebenarnya tak perlu keluar modal besar langsung!
Kebanyakan yang buat bisnes sewa rumah ni, mereka guna konsep sublet dan buat untung berganda dari konsep ni.
Apa Sublet Tu?
Dengan kata mudahnya – sewa atas sewa.
Kita sewa sebuah rumah untuk disewakan kepada penyewa lain bagi tujuan untuk buat untung.
Orang yang buat bisnes ni di panggil subletter.
Kenapa Perlu Buat Sublet?
-Nak buat untung dari penyewa
Inilah sebab utama kebanyakan mereka yang buat ni guna konsep sublet ni.
Mereka tak perlu keluarkan modal yang besar untuk beli rumah untuk dijadikan rumah sewa.
Bila guna konsep sublet, mereka hanya keluarkan modal seperti kat bawah ni sahaja.
- Deposit sewa 2 atau 3 bulan ( ikut agreement yang ditetapkan tuan rumah)
- Deposit bil air dan letrik
- Bayaran sewa untuk bulan pertama
- Duty stamp – kadang owner rumah yang tolong settlekan
Katakan sewa sebuah rumah tu adalah RM1000 sebulan.
- Deposit sewa 2 bulan = RM2000
- Deposit bil api air = RM500
- Sewa bulan pertama = RM1000
Jadi kos yang kena dibayar adalah RM3500 sahaja.
Baca juga tentang cara buat bisnes homestay
Macam Mana Kalau Beli Rumah Sendiri?
Bayangkan, berapa banyak kos yang perlu kita keluarkan jika nak buat bisnes sewa rumah ni dengan beli rumah sendiri.
Siap kena terpaksa buat pinjaman dengan bank lagi kan.
Harga rumah sekarang pula bukan kaleng-kaleng, kebanyakan cecah RM500,000 ke atas.
Bila dah buat pinjaman, ada komitmen kena bayar bulanan ke bank pula selama berpuluh-puluh tahun.
Mana Lagi Untung Sebenarnya?
Pada saya, konsep sublet lebih mengutungkan dan menyenangkan.
Risiko pun tak terlalu besar.
Jika keadaan tak seperti dirancang, kita boleh tamatkan perjanjian dengan tuan rumah dan cari lokasi lain yang lebih menguntungkan.
Konsep Sublet Ni Sah Ke Di Sisi Undang-Undang?
Ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang terkandung dalam surat perjanjian antara kita dengan tuan rumah.
Asalkan tuan rumah setuju dan benarkan, kita boleh jalankan bisnes sewa rumah dengan menggunakan rumah mereka.
Konsep bisnes ni nampak mudah kan… tapi kena ingat, kena faham dan kaji betul-betul dulu sebelum terjun ke bidang ini.
Kat Mana Nak Belajar Pasal Sublet Ni?
Tuan SYAHMAN ABU HASSAN adalah orang yang tepat untuk kita belajar selok belok tentang bisnes sewa rumah tanpa perlu beli rumah ni.
Beliau merupakan usahawan sublet sepenuh masa.
Segala teknik dan trik bisnes ini, serta pengalaman beliau kongsikan dalam buku ini BUAT UNTUNG DENGAN RUMAH SEWA.
Copy sahaja teknik beliau yang dah terbukti berkesan ini.
Harga buku ni dalam RM30 sahaja… belajar dan ambil ilmu dari orang yang dah berpengalaman lagi mudah faham dan senang nak follow.
0 Comments