Korang berminat tak nak buat duit dengan bisnes burger ni?
Atau korang hanya suka nak makan burger? Hehe…
Seingat korang, bila last korang makan burger dan burger apa yang korang paling suka?
Soalan tu hanya untuk korang yang makan dan suka burger je boleh jawab… Kalau tak macam mana nak bagi jawapan kan… 😉
Baiklah (yang ni serius).. dalam post kali ni saya sebenarnya nak mengajak korang yang berminat untuk tambah pendapatan dengan menjadi usahawan burger.
Boleh buat secara part time je. Nak buat full time pun boleh.
Tips memulakan bisnes burger
Nak buat bisnes apa sahaja pun, memang kena ada passion. Kena ada minat.
Ada juga kes, memula tak minat dengan sesuatu bisnes tu, tapi bila dah dapat sale dan nampak duit… mula lah jatuh minat. Heheh.
Bila dah minat tu datang, haa… barulah lagi bersemangat nak buat bisnes dengan lagi bersungguh. Lagi seronok jadinya.
Korang boleh teruskan bacaan korang…ada sesuatu yang saya nak kongsikan untuk korang jadikan panduan sebagai permulaan untuk buat bisnes burger ni.
Bisnes burger yang menguntungkan
Ada ke yang rugi dengan buat bisnes burger ni? Jawapannya….banyakkkk
Berniaga apa pun…korang kena ingat… rugi itu pasti….untung belum tentu.
Masuklah apa-apa perniagaan sekali pun, korang akan dengar nasihat dan benda yang sama.
Untuk memastikan korang tak rugi bila menjadi usahawan burger ni, korang kena ada ilmu dan perancangan.
Itu yang paling penting. Dah ada ilmu, kena ada tindakan. Barulah kita akan dapat hasilnya.
Faktor yang kena pastikan dulu untuk buat bisnes burger
#1 Lokasi Perniagaan
Nak jual di mana?
Kebiasaan mereka akan buka gerai burger di kawasan perumahan, kawasan perindustrian atau kawasan sekolah.
Ramai tak orang atau penduduk tempat yang korang nak buka gerai burger tu?
Ambil kira perkara utama ini. Yang penting kawasan yang ada ramai orang.
Satu perkara lagi, kaji juga jika kawasan itu sudah ada gerai burger atau tidak.
Belajar cara zaro kos marketing di sini.
#2 Jenis burger yang nak jual
Part ni kalau korang boleh buat survey lagi best.
Then korang boleh fokuskan untuk jual burger yang dapat banyak permintaan di dalam survey tersebut.
Korang juga boleh tengok lifestyle atau ekonomi kawasan setempat.
Jangan terkejut kalau ada gerai burger yang jual satu burger special dengan harga berbelas ringgit dan ramai yang beli.
Bila buka gerai di tempat yang strategik dan kawasan yang elit atau penduduk yang berpendapatan tinggi, tak ada siue untuk jual burger rare dan speciak dengan harga yang sedikit mahal.
Yang penting, burger tu sedap dan memang lain dari yang lain.
Step by step untuk mula bisnes burger
Untuk korang yang dah nampak tahun ni korang nak mula nak jadi usahawan burger yang berjaya boleh belajar dari orang yang dah berpengalaman di sini.
Belajar bisnes burger
Segala ilmu yang korang perlukan untuk ;-
- Ketahui 3 strategi untuk buat 4-5 angka dengan burger
- Pengurusan bisnes untuk perniagaan burger korang
- Cara untuk jadikan burger korang “special” berbanding pesaing korang
- Dan ada maca-macam lagi yang perlu dan penting untuk mula buat bisnes burger ni.
Bagi saya panduan ni cukup lengkap dah untuk korang yang nak mulakan perniagaan burger korang. Panduan dari anak Cheff Li ni memang padat dan boleh terus di apply.
Nak berjaya… kenalah ikut apa orang yang dah berjaya buat kan 😉
0 Comments