Betulkah bisnes bundle boleh buat untung lumayan hingga ribuan ringgit?
Pakaian bundle ni ada peminatnya yang tersendiri tau… Selain harga yang murah, kualiti pakaian bundle ni boleh tahan jugak.
Pakaian terpakai ni juga, menjadi rebutan bagi pengemarnya.
Terutamanya budak-budak yang gilakan brand. Ada yang sanggup datang awal dan berebut-rebut pergi kedai bundle setiap kali diorang tahu ada stok pakaian bundle baru masuk.
Mat Yie Tok Uban berjaya menjual sehelai baju T lusuh Geisha Official keluaran terkemuka dunia iaitu Nike dengan harga RM37,500 menerusi jualan secara bidaan menggunakan ‘live' Facebook.
Seperti yang korang nampak gambar di atas ni. Tuan Mat Yie salah seorang yang otai bisnes pakaian bundle. Beliau pernah viral di sebabkan sehelai baju bundle yang beliau jual dengan harga mencecah RM37,500
Macam tak masuk akal kan….tapi itulah realitinya.
Sebenarnya ni bukan kisah pertama kejayaan usahawan bundle menjana pendapatan yang lumayan.
Korang pun sebenarnya boleh hasilkan pendapatan yang lumayan.
Ada lubuk bundle khas saya kongsikan untuk korang yang memang nak jadi usahawan bundle macam tuan Mat Yie tu..
Apa sebenarnya pakaian bundle
Selain pakaian, ada je barang lain seperti toto, selimut, kasut, topi dan lain-lain barangan bandle. Cuma yang lebih banyak kita dengar ni baju bundle.
Pakaian bundle ni ialah pakaian terpakai sebenarnya. Orang sebut bundle, disebabkan pakaian bundle ini, dilongokkan dan dibungkus dalam guni. Guni inilah yang kita dipanggil bundle
Walaupun pakain second hand, kebanyakan pakaian terpakai ini merupakan pakaian yang berjenama dan di import dari luar negara seperti US, Jepun, UK, Korea dan negara-negara Eropah lain.
Ada pakaian yang kita boleh jumpa siap dengan taging.Taging untuk pakaian bundle ni mempunyai nilai tersendiri untuk menentukan berapa harga pakaian tersebut.
Ianya mengandungi butiran yang akan menjadi rujukan untuk menilai usia dan keaslian pakaian tersebut.
Kalau korang bertuah, kemungkinan besar dapat pakaian yang tak pernah di guna langsung. Atau pakaian tersebut merupakan pakaian reject atau stock lama yang tidak habis di jual di kedai
Jenis-jenis pakaian untuk bisnes bundle
Bundle ni tak terhad kepada baju sahaja. Pelbagai jenis benda ada dalam bundle ni.
Ada seluar, kemeja, t-shirt, kasut….
Korang jangan terkejut.. bra dan girdle pun ada tau…
Asal barang jadi duit.
Selagi benda tu boleh dipakai, dan boleh jual. Benda tu akan masuk dalam item jualan bundle.
Buat bisnes ni ada banyak cabaran. Baca di sini
Apa yang buatkan orang tertarik dan tergilakan pakaian bundle
Kadang saya pun hairan….
Ade tu pakaian dah lusuh sangat, tapi orang sanggup beli hingga puluan ribu.
Apesal la membazir beli pakaian lusuh kot?!
Macam tu la masa pertama kali saya melihat pakaian bundle yang berjaya dijual pada harga tak masuk akal…
So, kepada korang yang tak berminat dengan pakaian bundle ni mesti korang sebijik macam saya dulu.
Apa yang menarik sangat pakaian bundle ni? – Bisnes bundle
Pelik dengan manusia yang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai ni. Yang harga murah tu, kita boleh faham lagi. Tapi sejenis yang beli mahal-mahal tu apa yang menarik sangat pakaian tu?
Kalau korang nak tau, yang menariknya pakaian bundle ni sebabkan, ianya pakaian yang berkualiti tinggi. Lebih-lebih lagi pakaian yang diimport dari negara-negara tertentu seperti US, Japan dan lain-lain
Kualiti kain dan printing memang tiptop.
Hanya yang tau saja menghargai
“Hanya jauhari mengenal manikam!”
Macam tu la pepatah yang sesuai bagi peminat pakaian bundle ni.
Hanya diorang yang faham dan tahu nilai yang terdapat pada pakaian tersebut
Bagi peminat-peminat pakaian berjenama atau branded pula, pakaian bundle ni memang menjadi lubuk pilihan diorang.
Di sini, bagaikan syurga pakaian mereka. Sebab boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah.
Antara jenama-jenama besar yang menjadi kegilaan golongan ini seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson dan banyak lagi.
Kalau nampak pakaian jenama-jenama ni tergantung dekat kedai tu, memang tak lama la, kejap je ada peminat yang sambar beli.
Pakaian bundle ni tak bawa penyakit ke?
Untuk makluman korang, semua pakaian bundle yang di import ni, telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit.
Bagi yang biasa dengan pakaian bundle, korang akan perasan semua pakaian ni ada satu bau yang sama je.
Bau ni lah yang orang cakap “bau bundle”.
Bau tu sebenarnya merupakan bau dari bahan kimia yang digunakan.
Tapi tak semua, ada kedai bundle yang bagus. Diorang dah basuh dan gosok dahulu pakaian bundle ni sebelum dijual supaya lebih bersih dan cantik.
Untuk yang minat buat bisnes bundle
Untuk korang yang teringin dan tercari-cari supplier, atau orang kata lubuk bundle, korang try la usha kat sini
0 Comments