Tahun 2020 mencatat sejarah apabila virus kecil bernama Covid-19 melanda seluruh dunia dan ramai yang hilang punca pendapatan asbab pandemik ini.
Kalau di fikirkan memang lah sedih, tapi kita tak boleh berdiam diri begitu sahaja. Ada pelbagai alternatif yang boleh dibuat untuk tampung perbelanjaan seharian.
Orang kata, saat ini bukan lagi untuk kita memilih-milih kerja tetapi buat lah apa sahaja kerja dari sumber yang halal.
Kita pilih, apa yang nak dibuat untuk support income bulanan. Kalau nak dapat 4-5 angka sebulan dengan bisnes part time, InshaAllah boleh juga.
Sis Dila nak kongsikan 7 idea bisnes atau kerja yang boleh dilakukan pada musim pandemik ini.
1- Bisnes makanan
Kalau kita tengok, memang ramai orang dah mula jual makanan pada hari ini. Ada yang berniaga di jalanan, dari satu traffic light ke satu traffic light demi menjemput sesuap rezeki.
Ada juga yang buat bisnes makanan dari rumah dan hantar ke rumah pelanggan. Korang boleh plan nak jual apa.
Ada bisnes makanan yang modalnya kecil ada ada juga yang sedikit besar. Pilih yang paling sesuai dan tidak membebankan poket kita.
Contoh bisnes makanan ialah menu breakfast seperti roti sandwich, nasi lemak dan makanan goreng seperti bihun, mee dan spagetti.
Selain itu juga, boleh jual makanan yang tahan lama seperti sambal bilis kering, sambal hitam, pes sambal, serunding dan macam-macam lagi.
2- Runner delivery
Banyak apps yang tawarkan kerja sebagai runner. Antaranya ialah Foodpanda, Bungkusit, Lalamove, Grab dan bermacam-macam lagi.
Untuk anak muda yang ada kemudahan motosikal atau kereta, boleh buat kerja runner secara part time atau full time.
Tips nya, kita kena tahu kawasan yang banyak demand. Baru lah berbaloi untuk buat kerja runner ni.
3- Personal Shopper
Personal shopper di musim pandemik pun ada juga. Ada orang memang tak suka nak keluar bersesak untuk beli barang keperluan asas. Mereka lebih gemar untuk ambil khidmat personal shopper.
Mereka akan berikan senarai barang yang nak dibeli kepada personal shopper dan tunggu barang sampai depan pintu rumah.
Kita boleh jadi personal shopper secara part time sahaja. Mungkin untuk memenuhi jadual hujung minggu.
4- Online Tutor
Ini adalah peluang kerja untuk mereka yang ada pengalaman dan kepakaran untuk mengajar. Ramai ibu bapa yang mencari kelas-kelas online untuk penuhi masa terluang anak-anak.
Banyak platform yang boleh digunakan untuk buat kelas online, antaranya zoom meeting, google meet dan macam-macam lagi.
Siapa tahu kelas secara online ini sesuai untuk kita dan ia mungkin akan berterusan untuk jangka masa yang panjang.
5- Dropship
Kalau kita memang baru nak berjinak dengan dunia bisnes, dropship adalah sangat sesuai untuk kita. Tak perlu risau untuk keluarkan modal sebab ada bisnes yang tawarkan pakej dropship secara percuma.
Kita sebagai dropship hanya perlu promosi kan barang yang dijual dan akan terima komisen apabila ada jualan.
6- Affiliate
Affiliate sama juga seperti dropship. Tapi kebiasaannya, affiliate dibuat untuk produk-produk digital.
Kita promosi kan produk digital dan dapat komisen daripada setiap jualan juga. Memang mudah untuk buat bisnes affiliate kalau kita tahu cara untuk buat online marketing.
7- Ebay
Ini bisnes paling best untuk kita ceburi. Buat bisnes di ebay guna matawang USD, nilainya 4 kali ganda lebih tinggi berbanding duit kita.
Sis Dila buat bisnes di ebay dengan gunakan ebook Panduan Export Mudah. Senang sangat sebab dah ada panduan step by step dan kita hanya follow je apa yang diajar.
Kesimpulannya, semua bisnes atau kerja ini kita boleh dapat hasilnya andai betul-betul fokus buat yang terbaik.
Tak ada kejayaan yang datang bergolek, semuanya perlukan usaha dan pengorbanan. Pepatah Melayu lama kata, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Jadi, kita pilih nak yang mana satu. Semoga setiap usaha kita ini menjadi ladang pahala disisiNya.
0 Comments