Bila masa yang sesuai untuk mula belajar berniaga?
Sebenarnya, tiada waktu yang efisien atau pun waktu yang betul-betul sesuai untuk korang nak mulakan perniagaan. Kalau korang nak, mengapa tak mulakan dari sekarang?
Baca juga : Kenapa Perlu Berniaga
Macam mana?
Dengan mula bertindak belajar tentang ilmu perniagaan dan sedia memberikan komitmen yang tinggi terhadap perniagaan.
Bak kata pepatah, jangan dah terhantuk, baru terngadah. Sesuatu yang baik, patut dimulakan dari awal dan dengan segera, barulah mendapat hasilnya.
Tidak kiralah korang masih muda atau agak berumur, nak mula berniaga tak kira usia.
Belajar berniaga tak kira usia
Lihat sahaja pengusaha KFC. Beliau memulakan perniagaan ketika sudah berusia 62 tahun. Namun faktor usia tidak menjadi penghalang untuk berjaya dalam perniagaan.
Apa yang penting ialah ilmu dan usaha. Jangan sesekali berputus asa walaupun sudah beberapa kali mengalami kegagalan kerana benda tu boleh menjadi salah satu sebab punca kejayaan nanti.
Andai mula berniaga di usia yang masih muda, kelebihan kelebihannya ialah ada waktu yang panjang untuk belajar. Umur muda, tenaga pun masih power.
Usia muda, usia emas untuk bermula
Di usia yang masih muda juga, dikurniakan kesihatan tubuh badan dan semangat yang tinggi untuk memulakan sesuatu perniagaan.
Juga mempunyai semangat yang sangat berkobar-kobar dan membuatkan tak sabar-sabar hendak mempelajari sesuatu yang baru.
Semasa muda, kita semua lebih kreatif dan inovatif. Jadi gunakan peluang masa muda untuk menjana idea-idea baru untuk perniagaan.
Orang muda juga selalu mempunyai semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru tanpa fikir panjang.
Dengan mindset yang betul dan positif, insyaallah usaha kita semua pasti membuahkan hasil yang memberangsangkan kelak.
Kalau sudah berumur, masih boleh ke belajar berniaga?
Bagi yang dah agak berumur, jangan bersedih.
Masih tidak terlambat untuk mulakan perniagaan. Apa yang penting mempunyai azam yang tinggi untuk berjaya.
Malahan, seseorang yang lebih berumur mempunyai pengalaman yang banyak dan lebih luas berbanding golongan muda.
Disebabkan faktor umur, golongan yang lebih berusia akan lebih fokus untuk menuntut ilmu dengan cara yang betul.
Luaskan networking
Pada permulaan, networking sangat penting bagi menjalinkan hubungan baik dengan ramai orang. Khususnya orang-orang yang berada dalam lingkungan yang sama iaitu rakan-rakan peniaga ataupun pelanggan.
Jika dibandingkan dengan golongan muda, golongan yang lebih berusia lebih mudah untuk buat networking dengan orang ramai.
Hal ini disebabkan sudah semestinya golongan yang berusia sudah lebih mengenali banyak orang berbanding golongan muda yang lebih terdorong mempunyai kenalan yang hanya dalam lingkungan umur mereka sahaja.
Masih tak tahu nak buat bisnes apa? Boleh mulakan dengan belajar berniaga tanpa modal dengan dropship
Pengalaman guru paling berharga – Belajar berniaga
Pengalaman yang dimiliki oleh golongan yang berusia juga membuatkan mereka lebih berhati-hati dan teliti dalam membuat perancangan perniagaan.
Disebabkan pengalaman ketika muda, golongan ini lebih peka dalam membuat sebarang keputusan, dengan memikirkan sesuatu dengan sedalam-dalamnya dan tidak membuat keputusan dengan tergesa-gesa.
Jika ditanya tentang bilakah waktu yang tepat untuk memulakan perniagaan?
Bagi saya tiada waktu yang spesifik. Ianya merupakan perkara yang subjektif dan tidak boleh diukur.
Bergantung kepada seseorang individu yang hendak memulakan perniagaan. Jika ada keinginan, pasti ada usaha yang mengekori di belakang.
Jadi bagi saya, seratus peratus ianya bergantung pada mindset!
Bila serius nak ubah masa depan, buatlah perancangan yang baik.
Semoga berjaya dengan apa diusahakan!
0 Comments