Korang masih 50/50 nak buat perniagaan online?
Sejajar dengan peredaran zaman, banyak perubahan yang telah berlaku sama ada yang terarah kepada kemajuan ataupun sebaliknya.
Jika korang masih belum mulakan perniagaan online sekarang. Ia satu kerugian!
Tambahan pula, kita baru ada kebebasan sedikit untuk bergerak kesan dari virus Covid-19. Situasi tersebut sangat memberi kesan kepada seluruh dunia khususnya negara kita.
Selain dari sektor kesihatan, sektor kewanganlah yang paling banyak terkesan akibat penyakit Covid-19. Oleh itu, untuk kelangsungan hidup, kita mestilah tetap mencari cara macam mana hendak menjana pendapatan.
Pernah dengar tentang bisnes online ataupun perniagaan secara atas talian? Saya pasti, korang mesti pernah dengar kan…pernah tak korang fikir ataupun berminat nak cuba?
Kalau korang masih belum buat keputusan lagi untuk mulakan bisnes online, saya nak kongsikan dengan korang 8 sebab mengapa korang perlu cuba sekarang. Kalau tak sekarang bila lagi?
Kenapa perlu mula perniagaan online? Ini sebabnya…
1. Pendapatan tambahan – Dapat income tambahan dengan perniagaan online.
Pada masa kini, walaupun kita mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang tetap setiap bulan, namun disebabkan kehendak dan keperluan yang lebih besar terhadap sesuatu membuatkan pendapatan kita tidak mencukupi.
Bagi yang tidak mempunyai sebarang pendapatan ataupun tidak mempunyai pekerjaan, inilah masa paling sesuai untuk korang belajar dan cuba jana duit melalui atas talian ni. Dengan itu, korang tidak perlu pening kepala dah fikir macam mana nak cari duit tanpa pergi kerja.
Tak tahu nak bisnes apa? Idea bisnes buat duit dari rumah
Sekarang, macam-macam jenis barangan yang kita boleh jual atas talian. Pilih apa yang korang suka.
Malah kita boleh mulakan tanpa perlu pegang stok atau modal yang besar. Contohnya bisnes dropship
Ibarat sambil menyelam, minum air, korang boleh dapat duit, lepastu dapat buat apa yang korang suka, betul tak?
Inilah cara yang paling mudah korang cuba tanpa risiko yang besar. Jadi apa korang tunggu lagi? Ambil langkah berani sekarang. Malahan, kalau korang menimba ilmu perniagaan dengan betul, korang boleh jana pendapat yang lumayan dan menguntungkan
2. Bersifat fleksible – Perniagaan online boleh ikut masa sendiri
Halangan terbesar setiap orang ketika hendak memulakan sesuatu seperti memulakan perniagaan kebiasaanya adalah berkait dengan faktor masa, tempat dan modal.
Mungkin bagi yang memang tidak bekerja tidak mempunyai masalah sangat untuk hal ini, namun bagi mereka yang bekerja, perkara berkaitan masa dan tempat ni merupakan masalah besar terhadap mereka.
Inilah salah kelebihan perniagaan online. Ianya sangat fleksibel dan tidak mengganggu aspek tersebut. Malah memberikan keutamaan kepada sesiapa sahaja untuk mengendalikannya mengikut masa yang diingini.
Tempat pun korang tak payah penat-penat nak pergi sebab semua dikendalikan secara atas talian sahaja. Jadi korang tak payah risau dah tentang masa dan tempat. Korang santai-santai je depan laptop korang di rumah masing-masing.
3. Kos rendah
Tidak seperti perniagaan offline, perniagaan online tak perlu keluarkan modal dengan jumlah yang besar untuk mula.
Untuk mulakan perniagaan online ni boleh bermula dengan apa yang ada di tangan. Sebuah fon atau laptop dengan internet pun sudah memadai.
Sangat membantu dan bersesuian bagi sesiapa yang tidak mempunyai modal yang besar dalam memulakan perniagaan.
4. Permulaan yang mudah
Semua orang menginginkan sesuatu yang mudah. Perniagaan atas talian ni lebih mudah jika dibandingkan dengan perniagaan yang dilakukan seperti biasa (offline).
Korang tak perlu sediakan kedai, bayar sebarang sewa dan penat-penat pergi kedai setiap hari. Banyak boleh jimat bila berniaga atas talian.
Sambil baring atas katil pun korang dah boleh buat urusan jual beli secara online. Betapa senangnya!
5. Bebas membuat pilihan
Dengan bisnes online, korang bebas untuk buat pilihan. bebas memilih produk apa yang korang selesa nak jual.
Pastikan korang pilih yang korang minat dan suka. Sebab biasanya bila kita jual barang yang kita suka – dia akan timbulkan asyik kat situ.
Bila sudah asyik, tak akan ada rasa bosan atau jemu.
6. Keuntungan yang pantas
Setiap peniaga pasti menginginkan pulangan modal dan keuntungan. Kalau dapat untung yang tinggi, Alhamdulillah!
Untuk bisnes offline juga, jika dilakukan secara atas talian, kebarangkalian untuk barang korang terjual lebih tinggi berbanding hanya dijual di kedai.
Kenapa?
Sebab bila secara online, makin ramai yang boleh akses ke produk korang.
Orang sekarang lebih malas bergerak ke sesuatu lokasi dan selalu memegang telefon.
Sebab itulah lebih banyak produk senang terjual secara online dan keuntungan pun berganda.
7. Tidak perlu berjumpa pelanggan
Mesti ada dalam kalangan korang yang bersifat pemalu ataupun yang malas berurusan dengan pelbagai ragam orang kan?
Platform ni sangat sesuai untuk korang. Tak perlu dah berjumpa dengan pelanggan sebab semua urusan jual beli dilakukan secara atas talian saja. Jadi tak payah nak stress dan serabut.
8. Bila-bila masa
Perniagaan secara online ni, korang boleh tentukan sendiri masa untuk bekerja.
Ikut keselesaan sendiri tapi jangan sampai banyak rehat dari bekerja.
Pastikan korang ada target dan kena berusaha untuk capai target tersebut. Terus buat sampai berjaya capai target.
Berniaga sendiri ni, kita lah bos, kita lah kuli. So memang kena pandai jaga masa, supaya bisnes tetap berjalan dan bawa keuntungan.
Rasanya 8 sebab ni dah cukup untuk korang mulakan perniagaan online sekarang. Siapa yang rajin berusaha, dia yang akan dapat hasilnya.
Semoga Berjaya
0 Comments