Korang minat nak buat bisnes berkaitan makanan tak? Saya ada idea nak kongsi dengan korang. Buat bisnes delivery makanan.
Salah satu perkara yang orang tak kan berhenti buat ialah makan. Sebab tu la jugak jika perhatikan ada saja makanan-makanan baru yang wujud.
Eh tadi saya cakap nak kongsi pasal delivery makanan kan?
Mesti korang pelik kan. Biasanya kalau nak buat bisnes berkaitan makanan ni. Buka je la restoran. Atau boleh juga buka gerai.
Tapi kedua-duanya perlukan modal. Restoran, memang perlu modal besar. Gerai pun sama, walau modal tak besar tetap makan kos juga.
Untuk buka gerai, kena apply lesen PBT, kena beli canopy, meja, dapur memasak lagi, tray, dan segala bagai lah! Mahu dekat 4 angka juga kosnya.
Bisnes Delivery Makanan
Bisnes delivery makanan ni boleh buat dari rumah je.
Sejak wabak COVID-19 menular, diikuti pula dengan arahan PKP (Perintah Kawal Pergerakan) oleh kerajaan, memang banyak bisnes yang terjejas. Terutamanya, bagi mereka yang berniaga di tepi jalan.
Gerai tak boleh buka, bisnes tak jalan, so takde sebarang pendapatan masuk!
Nak buat bisnes roti dan buat delivery pun boleh. Belajar cara buat roti sedap di sini
Yang ni pun dari Delta, Omnicom, Decaton, Marathon eh…pening la…tak menentu lagi ni.
Silap-silap kalau buka restoran bulan ni, bulan depan kena PKP balik.. tak memasal terciduk di tepian.
Sebab tu saya cadangkan buat perniagaan delivery makanan ni untuk korang yang memang berminat nak buat bisnes berkaitan makanan.
Kelebihan perniagaan delivery makanan
Ada banyak kelebihan bisnes ni berbanding bisnes makanan macam buka restoran atau gerai waktu keadaan sekarang yang tak berapa nak menentu lagi ni
#01Modal rendah
Ya itu paling penting, untuk mulakan bisnes waktu macam ni. Tak perlu pun keluarkan kos ribu-ribu semata-mata untuk sewa kedai atau buka gerai.
Kalau nak sewa kedai, dah jadi satu komitmen setiap bulan kena bayar.
Sebab bisnes ni kita buat dari rumah, kos yang kita kena sediakan kos beli barang untuk masak dan kos penghantaran sahaja!
#02Tak perlu risau hujan atau panas
Ye la, bisnes ni boleh buat dekat rumah je. Kalau buka gerai ni, memang kena hadap risiko cuaca yang kadang tak menentu.
Kalau hujan, memang tiada la pelangan. Panas sangat pun, orang tak selesa nak makan dekat gerai.
Bagi mereka yang berniaga tepi jalan, memang saya respek sangat-sangat diorang ni!
Jiwa kental.
#03Tak perlu risau jualan tak habis
Kalau buat bisnes makan delivery ni… jarang makanan tak habis! Sebab.. kita hanya masak ikut jumlah tempahan sahaja..
Kalau orang order 10 bungkus haritu, maka, kita masaklah 10 bungkus. Takdelah membazir!
Cukup 3 sebab ni kot kenapa nak buat delivery makanan ni. Yang lain tu, rasanya korang boleh fikir sendiri apa kelebihan bisnes ni.
Bisnes ni macam ok tapi….
Mesti korang banyak pertanyaan yang sedang bermain-main dalam fikiran kan?
Macam mana nak dapatkan pelanggan?
Macam mana nak buat iklan?
Berapa kena cas delivery?
Ada ke orang nak beli?
Bila nak masak dan hantar?
Dan macam-macam lagi persoalan yang menyerang.
Panduan Bisnes Delivery Makanan
Ha, ni dia panduan untuk korang yang nak buat delivery makanan. Segala persoalan korang akan terjawab di sini.
- 5 Persediaan Sebelum Mula Bisnes
- Kaedah-kaedah Jualan!
- Cara Pembungkusan
- Panduan Kira Kos & Keuntungan!
- Bagaimana Nak Mula?
- Panduan Bina Database Pelanggan Guna Whatsapp!
- Strategi Pantas Bina List 100 Pelanggan Pertama!
- Cara & Time Buat Iklan!
- Cabaran & Rintangan
Semua ni korang boleh baca dalam panduan ni dah ramai follow dan berjaya.
0 Comments