Semakin hari semakin banyak bisnes tumbuh bagai cendawan. Namun tak dinafikan jugak banyak jugak bisnes yang berkubur tak mampu bertahan. Cabaran bisnes semakin hari semakin mencabar.
Bukan sahaja mencabar sebabkan ramainya persaingan. Tapi mencabar di sebabkan oleh faktor-faktor lain.
Sebagai pemilik bisnes, adalah sangat penting untuk kita kenal pasti apakah cabaran dan kesukaran yang kita hadapi.
Sekiranya kita dapat mengenal pasti, ianya bagus untuk bisnes kita itu sendiri.
Sekurang-kurangya kita boleh merancang atau membuat persediaan terhadap cabaran yang bakal di hadapi oleh perniagaan kita.
Cabaran bisnes untuk yang baru bermula
#1 Kewangan
Cabaran paling besar bagi semua usahawan tak kira yang baru, mahupun yang lama ialah dari segi kewangan.
Kewangan memainkan peranan yang sangat besar. Sama ada perniagaan kita boleh dilaksanakan atau tidak.
Namun, sebenarnya kita semua masih boleh memulakan bisnes, walaupun tanpa modal.
Sekiranya berhajat untuk memulakan sesuatu perniagaan, ada baiknya mula dengan yang bermodal kecil atau yang tanpa modal. Contohnya seperti bisnes bakeri atau pun bisnes aiskrim
Bila dah berjaya dan dapat kumpul banyak modal, bolehlah kembangkan lagi bisnes tersebut.
#2 Permintaan
Apa-apa bisnes yang dijalankan hanya akan mampu untuk terus berkembang selagi ada permintaan.
Jika tiada permintaan, bermakna kita tidak akan ada pelanggan. Tanpa pelanggan sesuatu perniagaan tidak akan mampu bertahan.
Jadi sebelum mulakan perniagaan, pastikan buat research dulu untuk bisnes tersebut.
Jika ada permintaan, baru lah boleh mula. Untuk bermula, boleh gunakan teknik zero cost marketing dulu.
#3 Bekalan
Jika dah bertemu dengan jenis bisnes yang sememangnya ada permintaan, next boleh lah mula survey pasal supplier
Jangan bergantung hanya pada satu supplier. Perlu pelbagaikan.
Sebab, jika salah satu supplier terputus bekalan, boleh terus order dengan supplier yang seterusnya.
Jangan sampai terputus bekalan, ini akan menyebabkan kastemer lari pergi kepada tempat lain.
Bila ada ramai suplier, boleh lah compare yang mana satu dapat bagi harga yang terbaik.
Pastikan jaga hubungan dengan supplier ye. Bila suplier dah suka dengan kita, mereka tidak akan berkira sangat.
#4 Man power
Tenaga kerja bukan satu isu yang besar untuk perniagaan yang berkapasiti kecil.
Tetapi jika korang nak buka bisnes yang perlukan ramai pekerja, restoran makanan contohnya korang kena pastikan korang mempunyai pekerja yang mencukupi.
Masa awal-awal pandemik dulu contohnya, ramai yang terpaksa mengurangkan tenaga kerja.
Namun bila, sektor ekonomi kembali dibuka, banyak bisnes yang memerlukan dan mencari pekerja.
Kekurangan tenaga pekerja ini, akan menyebabkan bisnes kita pincang dan kelam kabut jadinya.
Contohya, seperti sebuah restoran yang menjual makanan yang viral. Cuba korang bayangkan jika sebuah restoran itu di datangi oleh 50 orang pelanggan dalam satu-satu masa.
Kakitangan restoran itu pula hanya ada seorang tukang masak, seorang pembantu tukang masak, seorang juruwang dan seorang pelayan..
Korang rasa apa jadi?
Sudah tentu banyak masalah yang akan timbul
Pelanggan menunggu order terlalu lama
Kualiti masakan terjejas
Pelanggan tidak terlayan
Sudah tentu perkara-perkara seperti ini kita tidak mahu berlaku dalam perniagaan yang kita usahakan. Kerana ianya pasti akan memburukan dan merugikan kita
#5 Sekeliling
Faktor persekitaran juga mampu untuk mengubah landskap perniagaan yang kita jalankan. Sekiranya berhajat untuk buka kedai, pastikan dahulu lokasi yang strategik.
Contohnya jika korang membuka sebuah kedai pusat tuition di kawasan yang berhampiran kawasan perlancongan.
Agak sukar untuk kita dapatkan pelanggan. Kebiasanya kawasan seperti ini, kurang penduduk. Berbeza jika korang buat di kawasan berhampiran perindustrian.
Kebiasanya kawasan perindustrian ni mempunyai kawasan perumahan untuk pekerja-pekerja mereka.
Penduduk disini, kebanyakan orang yang sibuk bekerja. Jadi kebiasanya mereka tiada masa untuk mengajar anak mereka.
Cabaran bisnes lain?
Ada banyak lagi cabaran bisnes yang kita boleh senaraikan mengikut perniagaan yang kita bakal laksanakan. Ini adalah sebahagian contoh sahaja.
Namun korang tak perlu fikir terlalu banyak tentang cabaran ini.
Sebabnya jika terlalu takut kepada cabaran korang tak akan berjaya untuk memulakan bisnes korang.
Just do it!
0 Comments