10 sebab kenapa perlu tau zero kos marketing.
Untuk yang baru memasuki alam perniagaan ni dan mempunyai bajet yang sangat terhad. Korang perlu belajar untuk mengurangkan kos perniagaan dengan sebaik mungkin.
Amat penting untuk berjimat dan belajar terlebih dahulu tentang pengiklanan secara percuma.
Zero Kos Marketing
Ialah membuat iklan pemasaran tanpa perlu menggunakan modal. Apa yang diperlukan, adalah masa dan komitmen korang untuk bertindak.
Korang jangan pandang rendah tentang pemasaran tanpa modal ni. Jika buat dan bertindak kena dengan gayanya, ianya mampu menghasilkan jualan yang lumayan.
Kenapa usahawan perlu mula dengan zero kos marketing?
#1 Zero kos
Ya sebab utamanya ialah, cara ni boleh buat tanpa modal.
#2 Boleh buat terus tanpa ragu
Sebagai usahawan atau peniaga yang baru bertapak, apa yang paling penting sekali ianya tindakan.
Ya dengan cara ni korang boleh bertindak tanpa was-was. Korang tak perlu risau untuk buat silap.
Kalau tersilap pun, ianya tidak akan menjejaskan korang secara teruk. Dengan terus bertindak, korang dengan sendirinya akan dapat pengalaman.
Daripada pengalaman tersebut boleh belajar sedikit demi sedikit bagaimana untuk meningkatkan jualan bagi bisnes atau perniagaan nanti.
#3 Belajar buat duit dulu
Paling penting untuk usahawan baru untuk buat duit banyak-banyak dahulu.
Ya, disebabkan masih baru dalam fasa ni, kewangan sangat-sangat penting untuk motivasi korang dan kembangkan bisnes.
#4 Ianya asas kepada iklan berbayar
Kekuatan iklan berbayar itu sendiri ada pada pengiklanan percuma.
Objektif pengiklanan, ialah bagaiamana kita nak menarik orang yang betul untuk bagi respon terhadap iklan kita
Dengan teknik ni, nanti korang akan lebih faham kenapa pelanggan datang dan sanggup keluarkan duit untuk membeli ataupun dapatkan perkhidmatan korang.
So kena faham tentang bisnes sendiri dan siapa target market untuk produk tersebut.
Nak edit gambar produk decara pro? Boleh pakai apps ini
#5 Tak mahir iklan berbayar
Bahaya untuk usahawan-usahawan baru yang terus keluarkan belanja yang besar untuk pengiklanan.
Ramai usahawan baru yang berduit dan tak sabar ni suka tiru atau ikut-ikut orang saja.
Orang buat papan iklan gergasi, buat iklan TV dan Suratkhabar, mereka pun nak buat juga.
Meniru tanpa faham strategi sebenar, itu sangat berbahaya. Silap langkah, boleh rugi besar.
#6 Elakkan berhutang
Ya jauhkan diri.
Tak perlu pun untuk buat hutang semata-mata untuk mulakan perniagaan,
Apa yang perlu ialah, mulakan dengan apa yang korang ada dahulu. Start small finish big!
#7 Tiada data
Orang yang buat iklan berbayar ni, mereka dah ada data. Dan diorang tau dan faham tentang matlamat diorang melakukan iklan berbayar tersebut.
Diorang juga ada perancangan dan kira-kira sebelum buat iklan berbayar.
Untuk yang baru bermula, kumpul data sebanyak mungkin. Database is king dalam bisnes.
#8 Mulakan di platform percuma
Sebelum korang meneruskan niat nak terus guna iklan berbayar, korang dah pernah cuba atau belum promosikan perniagaan korang di sosial media seperti berikut ;-
- Telegram channel
- Group Whatsapp
- TikTok
- Facebook Group
Semua yang saya sebut di atas ni boleh guna secara peruma saja. Saya yakin kalau tidak semua, korang ada salah satu sosial media tu kan.
Ada banyak lagi tempat-tempat percuma korang boleh lakukan zero kos marketing ni. Cuma korang kena rajin dan sanggup beri komitmen atau tak saja.
#9 Belajar fahami marketing yang betul
Dengan cara ni juga, sebenarnya korang akan belajar banyak benda sebelum korang mula berjinak-jinak dengan iklan berbayar.
Fahami selok belok zero kos marketing dulu, sebelum guna iklan berbayar.
#10 Agar tak mudah kena kelentong
Betul. Bila korang dah mula guna pemasaran tanpa kos ni, korang akan dapat pengalaman. Korang akan lebih mudah faham flow perjalanan iklan yang sebenar.
Kenapa orang tu jadi pelanggan korang..
Di mana pelanggan korang banyak berkumpul..
Bila korang dah mula faham semua ni, ia akan jadi semakin mudah bila nak pakai iklan berbayar.
Kesimpulanya
Teknik Zero Kos Marketing sebenarnya sangat bagus sebagai permulaan untuk usahawan yang baru bermula.
Ianya juga akan membantu kita membina bisnes dengan mudah dan kos yang murah.
Teknik pemasaran tanpa kos ni juga ada banya sangat banyak.
Tapi apa yang penting, kunci kepada kejayaan pengiklanan ini, adalah komited dan konsisten.
Masalahnya, jika dengan menggunakan cara yang percuma pun ramai yang tak komited dan konsisten, kenapa sanggup sibuk nak keluarkan duit untuk buat sesuatu yang berbayar dan korang sendiri belum pasti?
So, buat pilihan yang bijak untuk bisnes kita ye.
0 Comments