Topik kita kali ni tentang ebay stop listing produk.
Hai geng eBay Sis Dila. Hope korang semua ok rini.
Sale eBay pun dah mencurah-curah tu kan…semua dah kembali normal. Tahniah geng Export Mudah. Hasil kerja keras dan berterusan memang membuahkan hasil.
Ebay Stop Listing Produk?
Memandangkan ramai yang susah hati sebab eBay dah stop listing produk untuk sesetengah buyer, Sis Dila nak share sikit lah pasal ni.
Bila eBay mula bertukar dari Paypal ke Payoneer, ramai yang kalut dan mula susah hati dengan perubahan ini.
Mula-mula semua susah hati sebab tak dapat invitation dari eBay untuk beralih ke Payoneer. Ini kerana eBay send invitation secara berperingkat.
Then, lepas dapat invitation, issue dengan verify pula. Huhu… lepas satu, satu kan…
Iye, betul. Payoneer agak details dan cerewet tentang verification ini. Dokumen yang dihantar mestilah jelas, bukan copy of copy dan tidak boleh di crop.
Sis Dila pun kena dalam 5 kali proses verify dokumen ni.
Memula bagi bil api, snap berkali-kali, pakai scanner, scan dengan fon, semua tak lepas. Rejected!
Then try bil air pulak, ulang proses sama juga. Still dapat result yang sama. Rejected.
Then bila still mesej yang sama untuk verify, dengan rasa mula nak bad mood Sis Dila snap lagi bil air, pastikan clear, setiap 4 penjuru nampak jelas, then chat sekali lagi dengan team payoneer.
Selang beberapa hari dapat mesej yang proses verify dah settle. Lega.
Tips- Chat dengan team Payoneer dan dapatkan bantuan mereka macam mana nak kena snap sebenarnya. Proses verify lebih cepat bila kita submit melalui chat.
Ebay dengan tegas mengarahkan penggunaan eBay managed payment bermula Jun 2021.
Dan yang mana masih menggunakan paypal hanya boleh berurusan sampai minggu lepas sahaja. Then kena bertukar ke Payoneer sepenuhnya.
Untuk yang masih belum beralih ke Payoneer, especially seller, ,mereka akan berdepan dengan masalah besar.
Ini kerana yang masih tidak beralih ke Payoneer, eBay stop listing produk mereka. Amat merugikan.
Ini mesej yang eBay berikan untuk yang masih belum beralih.
4 cara mudah edit lsiting di ebay, klik sini
Kenapa ramai susah nak bertukar ke Payoneer?
1- Selesa dengan Paypal
Sudah lama pakai Paypal, jadi sudah selesa dengan sistem Paypal.
2- Guna Paypal lebih cepat boleh withdraw
Ramai yang bertahan dan terus pakai Paypal kerana duit sale yang masuk di Paypal, boleh terus di withdraw dengan cepat sepantas 1 hari. tak perlu tunggu.
Tetapi jika pakai eBay Managed payment – Payoneer, perlu tunggu duit release dulu. Biasa amik masa dalam 2-5 hari. Ini tidak seronok unruk mereka yang sudah biasa withdraw setiap hari.
3- Tidak Berjaya Verify Akaun Payoneer
Macam yang Sis Dila share kat atas tu, proses untuk verify agak rumit. Ini yang buatkan ramai tak sabar dan abaikan sahaja proses ini.
Secara tak langsung, sikap ini merugikan diri sendiri.
Sebab lepas tarikh yang diberikan, eBay dengan tanpa kompromi ebay stop listing produk mana-mana sahaja produk yang tidak menggunakan sistem eBay Managed Payment.
So sekarang semua sudah tau ye kalau tiba-tiba ebay stop listing produk.
Dapatkan Flexipack Dengan
Cepat & Mudah
Di Sini
0 Comments