Nak download gambar shopee?
Mungkin anda perlukan gambar yang ada di Shopee untuk tujuan promosi affiliate Shopee anda. Untuk dapatkan gambar produk-produk di platform shopee ni, kita tak dapat buat dengan kaedah biasa “right click, save as”
Tapi tak perlu risau, sebab ada cara mudah yang saya akan kongsikan untuk dapatkan gambar dari Shopee.
Dengan kaedah ini, kita boleh dapatkan gambar ukuran sebenar, size yang besar dan jelas. Namun sedikit peringatan, segala risiko menggunakan gambar-gambar yang di ambil daripada shopee ini adalah atas tanggungjawab anda sendiri.
Belajar buat duit di Shopee kat sini
Cara Download Gambar Shopee
Cara ini percuma dan tanpa perlu kita menggunakan apa-apa aplikasi tambahan untuk mendapatkan gambar dari Shopee
Iaitu dengan hanya menggunakan fungsi yang terdapat dalam mana-mana pelayar web yang kita gunakan. Untuk tutorial ini saya menggunakan Google Crome.
Download Guna Komputer/Laptop – Untuk Download gambar Shopee
- Step 1 Layari website Shopee
- Buka halaman Shopee. Dan pilih mana-mana gambar yang anda ingin download
- Halakan mouse pada gambar produk yang hendak di maut turun
- Right click pada mouse. Atau boleh juga, tekan kekunci berikut pada keyboard anda:
- Ctrl + shift + C. anda akan melihat paparan gambar seperti di bawah
- Selepas anda klik, kod yang berkaitan akan dihighlight juga dalam paparan inspector:
- Step 2 : Copy paste kod html
- Seterunya, Right-klik, dan pilih: ‘Edit as HTML’. copy kod html tersbut.
- Kemudian buang dan ambil hanya url . Ianya bermula daripada https.
- Contoh ambill dari link yang di bold kan
style="background-image: url("https://cf.shopee.com.my/file/00e2c922289c21a5bc0d350efffd13d7"
- Step 3 : Buka paparan baru
- Seterusnya, buka tab browser baru dan masukkan alamat url gambar yang anda copy tadi:
- Tekan Enter, dan gambar yang kita mahu download akan keluar. Untuk ambil gambar tersebut, hanya perlu right-klik atas gambar tersebut dan ‘save image as…
- Gambar telah berjaya diambil
Ambil Gambar Guna Printscreen
Untuk cara ketiga ini adalah menggunakan aplikasi /tools yang sedia ada dalam computer/laptop kita. Cara ini lebih cepat dan mudah daripada cara pertama tadi.
Tetapi kekuranganya ialah gambar yang diambil kurang jelas tidak seperti gambar asal.
- Step 1 Buka website shopee
- Buka website shopee dan pilih gambar yang di inginkan.
- Klik pada gambar, agar gambar terpapar pada saiz yang besar.
- Seterusnya pada keybord kita, tekan butang ‘Printscreen’.
- Buka perisian edit gambar seperti ‘Paint’ dalam windows. Tekan serentak pada keybord butang ‘Ctrl + V’ untuk paste printscreen tadi.
- Kemudian, kita boleh edit terus atau save dahulu dan gunakan perisian-perisan edit gambar yang anda biasa gunakan.
Guna Handphone Untuk Download Gambar Shopee
Terkini, dah boleh download gambar guna smartphone. Cumanya saya tak pasti sama ada ada cara ini boleh digunakan untuk semua jenis smatphone. Untuk tutorial ini saya gunakan smartphone jenama Oppo F11.
Cara ini lebih mudah berbanding cara pertamadan kedua tadi, download gambar shopee guna handphone lebih mudah caranya. Download dan boleh terus guna
- Step 1 Layari Buka aps shopee
- Pergi ke apps Shopee pada smartphone kita. Dan pilih mana-mana gambar yang anda ingin download
- Step 2 Pilih gambar
- Pilih mana-mana gambar yang ingin di download.
- Tekan dalam beberapa saat pada gambar sehingga keluar paparan save to phone seperti berikut
- Klik save to phone. Gambar telah berjaya di simpan dalam file smartphone kita.
Untuk download video shopee pula, anda juga boleh cuba cara pertama dan ketiga. Setakat ini, cara-cara yang saya tunjukan di atas masih boleh digunakan. Jadi anda boleh follow sahaja.
Semoga perkongsian mengenai cara download gambar shopee ini bermanfaat untuk anda.
0 Comments