Khas kepada pemilik bisnes di Malaysia, ramai yang tak tahu, sebenarnya ada cara renew SSM online.
Benda ni bukan baru. Dah lama dah disediakan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Tujuanya untuk mudahkan peniaga-peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan masing-masing tanpa perlu hadir ke kaunter Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Dah Semak Expire Date SSM?
Sempena awal tahun ni, korang dah semak ke bila tamat tempoh lesen perniagaan korang?
Kalau dah mati, kena cepat-cepat la perbaharui lesen korang tu. Bukan apa, untuk permudahkan urusan perniagaan korang jugak di kemudian hari.
Kebiasanya awal-awal tahun ni,tentu ramai pemilik bisnes akan memperbaharui lesen perniagaan masing-masing.
Bayangkan kalau SSM tak buat sistem secara online ni….dah tentu setiap hari akan penuh pejabat SSM untuk perbaharui lesen perniagaan sahaja.
Kelebihan Pembaharuan sijil SSM secara online
Banyak manfaat jika kita buat pembaharuan Sijil SMM ni secara online.
Antaranya :
- Memudahkan kita tanpa perlu hadir ke pejabat atau cawangan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
- Dari segi kos dan masa pun, kita dapat jimat banyak dah. Tak perlu lagi nak fikir duit tol, duit nak isi minyak.
- Pembaharuan secara online pun cepat. Tak sampai 10 minit urusan selesai.
- Sijil SSM juga akan terus di email ke alamat kita dalam tempoh selewat-lewatnya 3 hari waktu bekerja.
Panduan Renew SSM Online
Sebelum tu, ada beberapa syarat dan perkara korang perlu tahu sebelum buat permohonan untuk pembaharuan sijil SSM perniagaan.
Syarat-syarat untuk pembaharuan Sijil SSM
- Pembaharuan Sijil SSM boleh di buat oleh pemilik bisnes atau syarikat
- Orang yang dilantik oleh pemilik bisnes juga boleh membuat pembaharuan ini
- Tempoh renew sijil boleh dibuat minima 1 tahun dan maksimum 5 tahun
- SSM menetapkan, pembaharuan Sijil SSM boleh di buat sebelum tamat tempoh sijil asal, atau selewat-lewatnya dua belas bulan selepas tempoh tamat.
- Dibawah peruntukan seksyen 5A, Akta Pendaftaran Perniagaan (APP 1956) sesuatu perniagaan berdaftar yang aktif perlu diperbaharui sebelum tamat/luput perakuan pendaftaran perniagaan dalam tempoh 30 hari kepada pendaftar/SSM
Nak renew SSM online dengan mudah? Boleh refer sini
Langkah renew SSM oleh pemilik
Untuk tujuan ini, korang boleh layari website https://ezbiz.ssm.com.my/
Selepas korang dah dapat akses ke website tadi, klik SIGN IN dan masukan usename dan password. Kemudian sahkan verification kod
Klik pada My Business Services dan pilih Renewal By Owner
Kenapa perlu berniaga? Jawapannya ada di sini
Lepas tu korang pilih jenis perniagaan berkaitan dalam senarai dan klik Action
Kalau korang ada kompaun, dan ingin membuat pembayaran, korang boleh tandakan sekali
Korang pilih Yes atau No untuk info perniagaan korang
Selesai tu, korang pilih tempoh pembahruan perniagaan nak berapa tahun. Minima 1 tahun dan maksima 5 tahun
Tandakan deklarasi atau akuan korang
Klik Proceed to payment untuk proses pembayaran pembaharuan lesen ssm
Pembaharuan perniagaan bagi pihak sebagai Orang Yang Bertanggungjawab (OYB)
Klik pada ‘My Business Services’ dan klik ‘Renewal by Others.
Masukkan nombor pendaftaran perniagaan dalam ruangan Business No. dan tekan Search
Tick jika membayar kompaun (jika ada)
Pilih “YES” atau “NO” untuk info perniagaan.
Lepas tu boleh pilih tempoh pembaharuan 1 tahun hinggan 5 tahun maksimum.
Tick Deklarasi
Akhir sekali, tekan butang “Proceed to Payment” untuk proses pembayaran.
Caj Bayaran Renew SSM
Bayaran untuk pembaharuan Sijil SSM juga berbeza mengikut perkara-perkara berikut ;
- Trade name = RM60 setahun
- Cawangan = RM5 setahun untuk setiap cawangan
- Maklumat perniagaan = RM10
Tatacara pembaharuan sijil perniagaan
Korang juga boleh download file pdf dari suruhanjaya syarikat Malaysia disini
Malas pening-pening dan nak seseorang tolong buatkan? Refer sini ye
Peringatan Untuk Renew SSM
SSM telah menyediakan pelbagai platform. Ianya bagi memudahkan para peniaga untuk memperbaharui lesen perniagaan.
Sama ada secara manual di Kaunter SSM, Bank Rakyat, BSN atau lebih mudah kita boleh perbaharui sahaja secara online.
Walaupun begitu, korang di ingatkan juga supaya sentiasa berhati-hati kerana terdapat juga laman web pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan lesen perniagaan.
Ada yang menaikkan harga yang lebih mahal dan berkali ganda berbanding harga sebenar yang dicaj oleh SSM.
Oleh itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia ingin mengingatkan kepada orang ramai agar berwaspada dengan laman sesawang oleh pihak ketiga yang menawarkan perkhidmatan pembaharuan perniagaan.
Pertanyaan
Sekiranya korang nak tahu lanjut ;
Mungkin korang ada beberapa perkara yang tak jelas tentang cara renew SSM secara online, boleh rujuk atau hubungi Suruhanjaya Syarikat Malaysia seperti berikut ;
Facebook : https://www.facebook.com/ssmofficialpage
Website : https://www.ssm.com.my/
Telefon : 03-77214400
Email : enquiry@ssm.com.my
Waktu operasi :
Isnin – jumaat
Masa : 09:00 pagi – 6:00 petang
Semoga perkongsian ini membantu korang.
0 Comments