2022 ni baru tahu, rupanya ada cara whatsApp tanpa save nombor. Kadang rasa agak menyampah jugak bila kena save nombor dulu baru boleh whatsapp orang tu.
Aplikasi whatsapp tidak akan muncul, sekiranya nombor telefon tu kita tak save dalam contact list dalam fon kita.
Benda ni agak menjangalkan juga. Ingat saya seorang je yang tak selesa dengan situasi ni. Rupanya ramai juga di luar sana pun mengeluh benda sama.
Terpaksa save nombor Untuk whatsapp
Ye la…kadang kita terpaksa save nombor orang yang kita tak kenal untuk urusan seketika je.
Terutamanya kalau nak membeli barang online. Jenis kena pm seller di whatsapp yang hanya tinggalkan no phone di facebook atau instagram tanpa link.
Agak leceh kerjanya.
Kena copy nombor seller tu. Lepas save tu, baru icon whatsapp nombor seller tu muncul. Kalau tak save, memang tak boleh nak whatsApp
Masa sekarang ni pulak, memang akan ada masanya kita buat pesanan barang nak cod contohnya.
Kadang kita akan sekali je berurusan dengan orang tu. Nak tak nak kena save juga nombornya baru boleh WhatsApp.
Save nombor yang tak dikenali – mengganggu privacy
Salah satu sebab jugak, kenapa saya malas nak save nombor orang yang tak di kenali ni. Selain memenuhkan ruangan contact list, ianya akan meggangu privacy.
Ye la kan kadang kita up status dekat whatsapp status…kadang kita up tu..hanya untuk paparan mereka yang ada dalam contact list kita je….
Kalau dah save nombor orang yang kita tak kenali, nanti jadi satu kerja lagi pulak nak kena setting untuk privacy whatsapp status….
Bila dah tahu, rupanya ada cara untuk kita WhatsApp tanpa save nombor.
Rasa macam selesai satu perkara yang buat leceh dalam hidup di dunia semakin canggih ni. Secara tak lansung senang sikit kerja kita untuk pm seseorang dalam jangka pendek.
Hanya perlu copy paste je nombor orang yang kita nak WhatsApp tu.
2 Cara whatsApp tanpa save nombor
Godek punya godek dekat google, rupanya ada 2 cara kita boleh guna untuk whatsApp tanpa perlu kita save nombor ni.
Cara pertama ni dah lama rupanya, saya je yang tak perasan… huhu
Cara pertama guna link wa.me
Cara pertama ni, tak perlu nak install atau guna apa-apa apps.
Buka je web browser dan taip wa.me/[masukan nombor telefon tanpa tanda -]
Contohnya wa.me/0123456789
Korang akan di bawah kepaparan official whatsApp seperti berikut.
Klik > Continue to chat
Kita terus boleh whatsapp nombor tu tanpa perlu korang simpan dalam contact list.
Baca juga cara buat bisnes aiskrim sambil jaga anak dapat income RM10K
Untuk seller pula, ini boleh mudahkan pelanggan untuk direct pm kita.
Caranya:
Sama macam tadi.
Cuma nanti masa letak link tu dekat iklan di Facebook atau Ig, ia jadi macam ni:
wa.me/60123456789
Then boleh check, link tu betul ke tak. Just klik link tu.
Kalau dia bawa ke whatsapp kita kira betul la tu.
Cara kedua guna wasap.my
Guna wasap.my
Just buat link seperti ini
wasap.my/60193061322
Make sure masukkan 6 di hadapan nombor fon ye.
Jika nak masukkan keyword jadikan macam ini
wasap.my/60193061322/orderbiskutsedap
Bila orang whatsapp kita dan ada keyword ini, kita tau lah bahawa yang wasap tu nak order biskut.
Mudah kan?
Cara ke tiga guna apps
Apps ni nama dia easymassage.
Korang boleh pergi website https://easymessage.app/
Ataupun boleh download apps ni dekat smartphone. Lebih mudah, nanti tak perlu lagi kena taip alamat website tu, buka je terus apps easymessage dekat smartphone.
Cara guna dia pun mudah je.
Kalau tak guna apps, bolehh terus ke browser internet dan taipkan alamat website https://easymessage.app/
Jika dah install dekat smartphone, terus klik dan buka je apps tersebut.
Nanti akan dapat lihat paparan macam dalam gambar ni.
Seterusnya apa yang kita kena buat, adalah masukkan nombor telefon yang kita nak WhatsApp tu (boleh copy and paste)
Lepas tu klick Start chat in WhatsApp
Kalau korang gunakan PC, click continue to chat dan pilih use WhatsApp Web. Yang guna handphone, akan direct terus ke aplikasi WhatsApp
Rupanya ada banyak lagi apps yang sama fungsi dengan easymessage ni rupanya.
Semuanya same je, untuk mudahkan pengguna whatsApp terus ke nombor orang tu. Tanpa perlu save nombor ke contact list.
Pada korang, cara mana yang lebih mudah? Cara satu ke cara 2?
Tak kisahlah mana-mana cara pun, janji masalah kita setel. Dan urusan kita nak pm orang yang tak di kenali lepas ni pun mudah.
Kalau korang dah tahu cara whatsApp tanpa save nombor, korang boleh la share pulak dengan member-member korang yang tak tahu.
0 Comments