Jika di beri pilihan sama ada untuk mula bisnes atau bekerja makan gaji. Ramai yang akan memilih untuk buat bisnes.
Tetapi disebabkan ramai yang takut untuk mengambil risiko dan selesa dengan kerja makan gaji, maka banyak yang tidak meneruskan keinginan untuk berniaga.
Memang benar, untuk menjalankan sesuatu perniagaan itu lebih berisiko dari segi pendapatan berbanding mereka yang bekerja.
Tetapi untuk memulakan sesuatu perniagaan juga, tidak semestinya kita perlu berhenti kerja.
Mulakan dengan sesuatu yang kecil dahulu, sebelum mula berniaga secara serius.
Untuk mula berniaga di sini saya kongsikan beberapa tips yang berguna sebagai panduan dan juga idea untuk kita bermula.
Tip mula bisnes kurang risiko
1. Tahu tujuan bisnes
Sebelum kita mula untuk berniaga, penting untuk kita tetapkan dahulu, apa tujuan kita untuk berniaga.
Adakah sekadar untuk mengisi masa lapang?
Atau untuk pendapatan sampingan?
Ataupun bagi mendapatkan modal memulakan perniagaan yang lebih besar.
Selepas kita tetapkan tujuan, baru lah mudah untuk kita merancang apakah perniagaan yang hendak kita lakukan.
2.Buat apa yang kita suka
Melakukan sesuatu perkara yang kita suka lebih mudah berbanding kita buat sesuatu di sebabkan trend ikut-ikutan atau dalam keadaan terpaksa.
Begitu juga halnya dalam menjalankan perniagaan. Kita boleh mulakan bisnes yang berkaitan dengan sesuatu perkara yang kita suka.
Contohnya jika minat memancing, mungkin kita boleh mulakan perniagaan menjual alat-alat kelengkapan memancing.
Atau jika mempunyai kepakaran dan peralatan seperti bot, boleh juga tawarkan perkhidmatan sebagai tekong untuk bawa kaki pancing ke kawasan lubuk pancing.
Kita juga akan lebih bermotivasi dan bersemangat menjalankan bisnes yang kita suka.
Sekiranya ada masalah, kita juga tidak akan mudah berputus asa
Baca tips kejayaan bisnes dari Tan Seri Syed Mukhtar Al Bukhari di sini
03. Sentiasa berada dalam persekitaran yang positif
Bila kita baru mula berniaga, pasti ramai suara-suara sumbang akan kedengaran. Apa lagi jika kita tidak pernah berniaga sebelum ini.
Untuk mengelakkan kita terpengaruh dengar kata-kata negative dan merendahkan moral kita, sentiasalah berkawan dengan rakan-rakan atau orang-orang yang positif dan menyokong perniagaan kita.
Sebagai orang bisnes, kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran. Agak sukar jika kita tidak mempunyai moral dan motivasi yang tinggi.
04. Sentiasa belajar
Jangan pernah merasa cukup dan ego jika kita mempunyai segulung ijazah berkaitan bisnes sekali pun. Sentiasalah rajin menimbah ilmu dan belajar dari orang yang lebih berpengalaman dari kita tentang perniagaan yang kita ceburi.
Lagi-lagi jika kita baru dalam berniaga. Jangan cepat berpuas hati dengan ilmu yang kita pelajari.
Berdampinglah dengar mereka yang berpengalaman. Tidak rugi jika kita rendahkan ego demi mendapatkan ilmu yang boleh kita aplikasikan dalam perniagaan kita terutamanya.
05. Letakkan keutaman pada pelanggan anda
Pernah dengar “customer always right”. Tanpa pelanggan apa jua perniagaan akan mati. Jadi sentiasa beri perhatian dan keutamaan terhadap pelanggan kita.
Fokuskan atau lebihkan perniagaan kita kepada apa keperluan dan permintaan pelanggan. Barulah kita tidak di katakana bisnes syok sendiri.
06. Rancang dengan teliti
Gagal merancang, bererti kita merancang untuk gagal.
Dalam perniagaan, penting untuk kita merancang. Jika tidak kita akan banyak kerugian sama ada dari segi wang, masa mahu pun tenaga.
Jadi pastikan kita merancang dengan sebaiknya dari seawal-awal kita hendak mulakan perniagaan.
Perancangan yang teliti juga, akan bantu kita membuat keputusan yang cepat dan tepat.
Ia juga boleh menjadi penanda aras, apakah perniagaan yang kita akan buat mampu berkembang atau tidak.
07. Sesuaikan diri
Sebagai seorang usahawan ataupun perniaga, kita kena pandai dan cepat sesuaikan diri dengan keadaan jika mahu perniagaan kita berjaya.
Walaupun kita telah merancang dengan teliti, tetapi ada beberapa perkara yang mungkin di luar kawalan kita
Contoh mudah seperti yang berlaku sejak 2 tahun lalu. Banyak perniagaan terpaksa gulung tikar disebabkan PKP yang lama dan tidak dapat beroperasi.
Sekiranya kita tidak sesuaikan perniagaan kita, contohnya onlinekan perniagaan kita, mungkin kita juga tidak akan mampu bertahan lama.
Kesimpulannya
Ada banyak lagi yang kita boleh aplikasikan.
Apa yang penting untuk mula bisnes ialah tindakan. Jangan takut untuk bertindak. Tanpa tindakan kita tak akan ke mana-mana.
Semoga perkongsian ini berguna dan bermanfaat.
0 Comments