Bisnes Ebay Bersama Sis Dila
Terima kasih dan tahniah Sis Dila ucapkan kepada anda kerana telah berjaya sampai ke page ini.
Ini menunjukkan anda memang serius nak tahu macam mana Sis Dila berjaya buat duit dalam USD hanya dari rumah sahaja.
Izinkan Sis Dila untuk perkenalkan diri terlebih dahulu.
Nama Sis Dila adalah Adilah Ibrahim, tapi lebih selesa dengan nama panggilan Sis Dila di media sosial.
Sis Dila ada 3 cahaya mata yang sememangnya Sis Dila jaga sendiri sejak kecil lagi.
Bila mereka dah besar dan bersekolah, Sis Dila jadi driver anak-anak pula, itulah kerja tetap Sis Dila.
Actually sebelum ini Sis Dila memang ada buat ebay tapi tak fokus sepenuhnya. Dalam tak fokus pun sempatlah merasa pendapatan dalam nilai USD tu.
Tapi selepas tengok ada yang jual barang rumah je kat ebay ni, rasa macam teruja nak buat ebay semula. Feel tu datang balik. Rasa rugi pula sebab tak fokus dulu kan!
Sis Dila terus belajar gunakan panduan ebay itu dan decide join bengkel untuk belajar secara face to face dengan sifu ebay di Segamat.
Memang jauh perjalanan dari Bangi ke Segamat untuk tuntut ilmu, tapi sebab yakin ebay boleh bantu Sis Dila keluar dari masalah kewangan, Sis Dila terus join! Fast action fast result kan.
Apa yang tak sangka, selepas 3 hari buat listing (masukkan produk di ebay) dah ada mat saleh yang beli barang yang Sis Dila jual tu.
Memang sangat excited bila diorang beli ubat nyamuk yang Sis Dila listing. Jadi Sis Dila tambah bersemangat untuk masukkan banyak lagi barang di ebay.
Sebab mengikut apa yang Sis Dila belajar, lagi banyak barang kita listing, lagi banyak kita akan dapat sale. Huru hara juga bila sale masuk berderet-deret macam ni. Tapi apa yang lebih penting adalah kita tak rasa stres.
Oh ya, Sis Dila pernah viral di beberapa platform online asbab berniaga barang-barang keperluan harian di ebay.
Sebabnya nampak duit USD kaching-kaching masuk dalam akaun. Apa yang stresnya bila kita tak ada duit kan.
Duit dari ebay ni Sis Dila guna pakai untuk perbelanjaan harian. Dah tak perlu nak tunggu suami gaji dah. Memang tak sangka dalam masa 3 minggu Sis Dila dah berjaya buat jualan mencecah 4 angka.
Perkara yang paling best adalah apabila sale masuk konsisten setiap hari walau Sis Dila tak buat apa-apa marketing pun. Sale masuk secara automatik. Seronok kan.
Bisnes ebay ni sangat sesuai untuk suri rumah seperti Sis Dila ni. Kita hanya perlu peruntukkan masa dalam 1-2 jam je sehari untuk fokus sepenuhnya.
Hantar barang pun hanya 2 kali je seminggu. Jadi, kita boleh plan masa kita.
Kalau anda kerja makan gaji pun, masih boleh buat bisnes di ebay ni. Sebab ianya sangat mudah bila kita dah dapat tune tu. Tambahan pula barang yang dijual memang senang dapat.
Kalau nak dapat untung banyak, boleh beli barang-barang jualan di shopping mall atau pun Mydin.
Bila dah semakin faham selok belok ebay, Sis Dila share dengan kawan-kawan lain dan Alhamdulillah dah ramai kawan-kawan yang dah merasa USD dari ebay ni.
Anda pun boleh mulakan sekarang untuk belajar berbisnes di ebay.