Yang mana mencari cara daftar Tiktok shop tu… korang boleh refer kat sini ye…
Sekarang ni, akan jadi pelik kalau seseorang tu tak ada akaun Tiktok… sebab rata-rata memang ada.
Memang tak dinafikan ada yang tak ada.. tapi lebih banyak yang ada dari tak ada.
Jika yang dah terbiasa dengan sosial media, Tiktok akan jadi platform tambahan. Terutama sekali bagi seller online.
Kenapa perlu ada akaun Tiktok?
Tiktok fokus kepada video dan ia memang jadi perhatian dan daya tarikan yang sangat tinggi untuk golongan muda.
Tapi, golongan yang mak-mak dan ayah-ayah pun ramai juga lepak di Tiktok. Mereka pun tak nak ketinggalan.
Kenapa perlu daftar akaun seller Tiktok
Sekarang ni, kebanyakan trend terbaru dan terkini bermula dari Tiktok.
Ternyata video-video pendek dan menarik memang cepat dapat perhatian dan mudah viral. Orang senang nak share.
Di tambah lagi dengan sokongan penggunan hashtag, memang sangat power!
Antara yang jadi trending dan ikutan golongan muda adalah :
- #Tiktokmademebuyit
- #IsawThisThingOnTikTok
- #TiktokChallenge
- #Tiktokmemes
Dan ada banyak lagi hashtag yang jadi ikutan.
Penggguna Tiktok seakan berebut-rebut dan saling tagging sesama sendiri untuk join.
Bila dah aktif dan ramai follower di Tiktok, seseorang akan rasa tak seronok jika tak join hashtag trending ni. Tak in to the scene lah orang kata… huhu
Apa lagi bila join, follower pun akan lagi bertambah dan jadi lebih ramai.
Kenapa Perlu berniaga di Tiktok
Percayalah…bila korang dah terbiasa ada kedai online di Shopee atau Lazada, semestinya korang juga kaan buka kedai online di Tiktok.
Dengan komuniti Tiktok yang semakin besar dan cepat viral – rugilah jika tak ambil peluang buka kedai online di Tiktok.
Tak tau nak berniaga apa di Tiktok? Boleh refer sini ye
Cara Daftar Tiktok Shop Dan Mula Berniaga
Selepas buat akaun Tiktok, korang dah boleh mula menjual.
Yang mana rajin buat video – jika video tu dapat banyak view dan viral, memang masyuk lah.
Syarat daftar akaun Tiktok Shop
1- Mempunyai 1000 follower
2- Berumur 18 tahun ke atas
Jika kedua-dua syarat ni lepas, dah boleh mula menjual di Tiktok.
Daftar akaun Tiktok
1- Pastikan korang dah ada Tiktok ye.
Jika belum ada, terus register kat sini.
Masukkan kod ini BE91775228
2- Then register akaun seller di sini
Isi details yang diperlukan.
3- Pilih sama ada nak daftar secara personal atau bisnes.
Untuk personal just perukan IC sahaja untuk proses verify.
Untuk bisnes – perlu ada SSM yang aktif.
4- Jika akaun dah verify, boleh terus add produk ye.
Jangan lupa masukkan details untuk akaun bank juga ye.
5- Di bahagian seller profile, sila isi semua maklumat yang diperlukan.
6- Jika korang nak join affiliate Tiktok, just klik pada Affiliate Marketing dan pilih Shop Plan. masukkan peratusan komisen yang korang dah tetapkan.
Ramai agen affiliate akan bantu marketkan produk korang nanti.
7- Bila dah settle semua tu.. tunggu jer order masuk. Settle.
Mudah je kan… cubalah!
0 Comments