Affiliate Lazada merupakan antara program buat duit dengan affiliate yang paling lama di Malaysia. Lazada merupakan antara platform jual beli online bagi rakyat Malaysia yang tidak asing lagi.
Terdapat pelbagai produk yang di tawarkan. Antaranya barang keperluan rumah, barangan bayi, gajet, elektronik, wangian, pakaian, peralatan hiking dan macam-macam lagi.
Kebanyakan ejen-ejen affiliate di Malaysia mempunyai pendapat yang sama mengenai program affiliate lazada iaitu
- Memberi komisen yang lumayan
- Pembayaran cepat
- Mempunyai pelbagai pilihan produk untuk di promosikan
Sekiranya korang tercari-cari cara buat duit online dengan program affiliate, jangan abaikan untuk cuba explore mengenai program rakan kongsi sebagai ejen affiliate mereka.
Affiliate Lazada Malaysia
Bagi anda yang berminat untuk sertai program affiate mereka, disini saya kongsikan dengan anda step by step caranya untuk anda mendaftar dan sertai program affiliate lazada Malaysia
Untuk melakukan pendaftaran, di syorkan untuk menggunakan computer / laptop untuk memudahkan mengisi maklumat dan membuat pendaftaran
Step 1 : Daftar ahli Lazada.
- Sebelum kita boleh mendaftar sebagai ejen affiliate mereka, kita perlu mendaftar akaun sebagai ahli pembeli Lazada terlebih dahulu. Kemudian barulah kita di benarkan untuk mendaftar dan buat akaun affiliate.
- Pergi ke pautan www.lazada.com.my/lazada-affiliate-program
- Klik pada butang ‘SIGNUP‘ untuk mula mendaftar. Jika anda memang sudah pernah mendaftar akaun pembeli anda boleh terus ‘LOGIN‘.
- Isikan butir-butir peribadi seperti berikut:
- Slide, atau Tarik anak panah butang hijau ke hujung kotak untuk mendapatkan SMS kod verifikasi. Selepas itu tekan butang ‘SIGN UP’ untuk daftar akaun baru.
- Kita juga boleh mendaftar akaun dengan menggunakan akaun Facebook atau Google.
Step 2: Daftar sebagai affiliate
- Sila login ke akaun Lazada terlebih dahulu.
- Selepas itu, buka paparan baru pada pelayar internet dan taipkan adsense.lazada.com.my
- Selepas paparan seperti di bawah keluar
- Isikan alamt email yang anda gunakan untuk daftar akaun Lazada, kemudian tekan butang ‘Send Verification code‘.
- Semak email yang anda masukkan sebentar tadi, dan dapatkan kod yang dihantar. Masukkan kod tersebut dalam ruangan ‘Verification code‘, kemudian klik butang ‘Submit‘.
- Langkah seterusnya, kita akan di minta untuk isikan maklumat peribadi.
- Pada ruangan ‘Verification Documents‘ sila muat naik gambar depan belakang dokumen pengenalan diri anda (Mykad). bagi tujuan pengesahan dan kelulusan oleh pihak Lazada.
- Klik ‘Next‘ .
- Seterusnya, kita akan di minta isikan butir-butir akaun bank kita untuk tujuan pembayaran komisen affiliate kita nanti.
- Pada bahagian ‘Swift Number‘ , sila isikan dengan kod yang betul. Anda boleh Google untuk mendapatkan kod Swift Number cawangan bank. Sekiranaya kurang yakin, telefon terus cawangan bank untuk minta kod Swift Number yang betul.
- Untuk bahagian ‘Verification Documents‘, sila muat naik bank statement (atau screenshot) bank statement.
- Contoh bank statement yang diterima, perlu jelas menunjukan nama dan nombor akaun seperti di atas
- Seterunya adalah bahagian lain-lain maklumat / More info.
- Boleh jawap semua soalan yang mereka berikan dengan ringkas sahaja.
- Bahagian terkahir untuk melengkapkan pendaftaran, jangan lupa tandakan tick pada kotak ‘agree to Lazada term and conditions’.
- Setelah selesai klik pada butang ‘Submit’.
- Kebiasanya, pihak Lazada akan respond dalam 3-7 hari waktu bekerja selepas kita submit permohonan.
- Jika tiada masalah, kita akan menerima email yang menyatakan permohonan pendaftaran menyertai program affiliate Lazada berjaya.
Seterusnya boleh masuk ke akaun affiliate kita dan dah boleh mula promosikan link affiliate
Step 3 : Link affiliate Lazada
Pada dashboard panel affiliate Lazada kita boleh dapatkan link affiliate melalui menu Offer dan juga Product Linking.
Bezak dua bahagian ini adalah:
- Offer: Kita boleh dapatkan link affiliate beserta gambar yang bersesuaian dengan link tersebut (creative files).
- Product Linking: Kita hanya akan dapat link affiliate sahaja. Tetapi kita boleh search produk, untuk mencari produk yang anda mahu.
Offer dan Product Linking adalah tempat untuk kita dapatkan link affiliate.
Boleh pilih mana-mana sahaja. Ianya bergantung dengan teknik dan strategi affiliate kita untuk mempromosikan affiliate ini.
Step 4 : Promosi untuk Affiliat Lazada
Sekarang kita sudah boleh mula untuk promosikan dan sebarkan link affiliate kita menggunakan teknik dan startegi yang kita tahu dan mahir.
Salah satu strategi dan teknik yang tidak mengecewakan untuk promosi affiliate lazada ini adalah dengan kaedah menulis blog.
Contohnya, jika minat tentang percutian, kita boleh tulis cerita dan pengalaman menarik ketika bercuti atau tempat-tempat menarik yang pernah pergi.
Dalam artikel, kita boleh selitkan link affiliate produk-produk di Lazada berkaitan yang kita gunakan contohnya ketika dalam percutian.
Kalau anda tak tahu macam mana nak buat blog, boleh baca disini.
Semoga perkongsian ini bermanfaat
0 Comments