Senarai terkini program affiliate di Malaysia 2022 yang kita semua boleh sertai.
Model bisnes ini adalah cara terbaik untuk jana pendapatan secara online. Ramai nama-nama besar dalam dunia perniagaan online di Malaysia juga mula menjana pendapatan yang lumayan dengan menyertai affiliate sebelum berkembang menjadi usahawan yang berjaya.
Jika dulu, program sebegini di Malaysia, hanya tertumpu dengan produk-produk digital berasaskan ilmu, panduan. Sama ada dalam bentuk e-book, mahupun video panduan.
Tetapi kini, banyak syarikat dan pemilik produk menawarkan affiliate mereka sendiri yang menyasarkan hampir semua produk. Tidak terhad hanya kepada produk digital sahaja.
Malah kita semua boleh mempromosikan produk berbentuk fizikal dan perkhidmatan juga. Contohnya produk fizikal seperti baju, kasut makanan dan lain-lain.
Untuk kategori perkhidmatan pula seperti tempahan hotel, perkhidmatan kurier dan lain-lain.
Walaupun begitu, tidak semua menawarkan komisen yang lumayan. Ada juga yang mengambil masa yang lama untuk membayar ejen-ejen affiliate.
Untuk memudahkan kita semua untuk menyertai affiliate yang memberikan komisyen lumayan dan berbaloi, boleh tengok list di bawah.
Disini saya senaraikan beberapa affiliate yang kita semua boleh sertai dan pertimbangkan untuk menjana pendapatan online yang lumayan pada 2022 ini
Program Affiliate Terbaik di Malaysia
Affiliate Lazada – Program affiliate dari platform e-commerce
Lazada merupakan platform e-commerce yang tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Ia merupakan tempat beli-belah online yang paling lama wujud di Malaysia.
Pelbagai jenis barangan seperti barang elektronik, barangan dapur, alat mainan kanak-kanak hinggalah ke barangan masakan ada disini.
Lazada juga menguruskan platform affiliate mereka sendiri dan menawarkan komisen yang besar berbanding penyedia platform e-commerce yang lain.
Selain itu juga, urusan pengesahan dan bayaran komisen cepat dilakukan
Nak dapat komisen affiliate dalam USD? Boleh belajar kat sini
Affiliate Involve Asia – Portal program affiliate
Ia umpama sebuah protal affiliate.
Jika nak sertai banyak affiliate dari pelbagai bisnes dalam satu platform, Involve Asia adalah jawapanya. Ianya merupakan platform untuk pelbagai program affiliate.
Jika nak sertai affiliate dari Lazada, Shopee, AirAsia, iPhone, Sony segala-galanya ada di Involve Asia. Dalam banyak senarai tersebut, pasti ada yang sesuai untuk anda.
Hanya perlu daftar satu paltfrom. Mudah untuk buat semakan komisen dan lain-laian dalam satu dashboard sahaja.
Dari segi komisen yang ditawarkan pula, ianya adalah berbeza-beza bergantung pada penyedia yang menawarkan affiliate yang kita sertai.
Selain daripada bayaran komisen hasil daripada jualan melalui link affiliate, di Involve Asia ada juga menawarkan bayaran untuk jumlah klik yang klik pada pautan link affiliate.
Affiliate HotelsCombined
Untuk yang tak berapa gemar menjual atau bercerita tentang barangan dan produk seperti baju, kasut, pakaian, boleh join affiliater yang berkaitan percutian.
Apakata anda cuba selitkan link affiliate HotelsCombined.
HotelsCombined merupakan platform yang menyediakan tempat untuk perbandingan harga-harga hotel yang ditawarkan oleh beberapa booking site seperti Booking.com, Expedia, hotel.com, Agoda dan banyak lagi.
Ala-ala InvolveAsia.
Tetapi konsepnya sedikit berbeza. Affiliate yang di tawarkan oleh HotelCombined, hanya fokus kepada perbandingan harga hotel sahaja.
Kelebihan affiliate HotelCombined pula, potensi untuk cepat dapat komisen itu sangat tinggi.
Ini kerana pengguna yang hendak menempah hotel kebiasanya akan membuat perbandingan harga terlebih dahulu daripada pelbagai website untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik dan menarik.
Mereka akan beralih dari satu website ke satu website.
Berbanding dengan HotelCombined, tak kiralah pengguna nak booking dari Booking.com, hotel.com. agoda atau sebagainya.
Jika mereka dah klik link affiliate anda, selepas itu tak kisah mereka nak booking mana-mana website, jika mereka buat tempahan potensi anda terima komisen sangat besar.
Kesimpulan
Selain dari tiga yang saya sebutkan di atas, ada banyak lagi platform dan penyedia affiliate di luar sana yang menawarakn komisen yang lumayan, yang mungkin saya sendiri belum sempat explore.
Jika korang tau yang selainnta, boleh kongsikan pengalaman dengan kami dengan komen di bawah
Semoga perkongsian mengenai program affiliate di Malaysia 2022 ini ada memberikan sedikit sebanyak manfaat untuk semua.
0 Comments