Bagi yang menjalankan perniagaan, jangan lupa untuk tunaikan kewajipan membayar zakat perniagaan.
Zakat ni merupakan rukun islam yang kelima. Biasanya kita bayar zakat fitrah pada bulan ramadhan, sebelum 1 syawal
Berdasarkan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah ayat 267
Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu.?
Berdasarkan ayat umum ini hasil usaha dari kegiatan perniagaan adalah merupakan sebahagian dari hasil usaha yang baik-baik.
Kita melihat kepada hadith Nabi s.a.w yang diriwayatkan daripada Samurah bin Jundub r.a bahawasanya :
“Nabi s.a.w memerintahkan kami untuk mengeluarkan sadaqah (zakat) dari harta benda yang kami siapkan untuk dijual (diperdagangkan).”
Walaupun zakat ni wajib, bukan semua layak untuk membayar zakat ni. Bagi korang yang baru membuka perniagaan. Korang tak perlu pun rasa terbeban.
Zakat ni hanya untuk yang cukup syarat sahaja. Baru wajib bayar zakat
Syarat-syarat wajib zakat jenis perniagaan :
- Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam.
- Perniagaan yang dimiliki oleh orang Islam yang Merdeka.
- Sempurna milik.
Bermaksud, segala hak milik asset dan semua harta berkaitan perniagaan tersebut. Korang mempunyai kuasa penuh
- Cukup nisab.
Iaiatu cukup amaun minimum yang menentukan korang wajib bayar zakat atau tidak. Nisab ini bersamaan dengan nilai emas 85 gram semasa
- Cukup haul ( genap setahun qamariah/ 354.3 hari)
Kalau perniagaan korang tu tak cukup setahun. Maka tidak wajib zakat pada tahun tersebut. Satu haul bersamaan 1 tahun
- Kadar zakat ke atas syarikat tersebut adalah 2.5%.
Syarikat yang dimiliki bersama antara orang Islam dan bukan Islam, maka wajib ke atas jumlah saham yang dimiliki oleh orang Islam sahaja berdasarkan pendapatan bersih yang ditaksir setelah dibuat pelarasan dan penolakan item-item terbabit
Berapa kena bayar?
Untuk pengiraan zakat ni, korang boleh terus buka website www.zakat2u.com.my
Ada dua kaeadah pengiraan zakat ;
Yang pertama kaedah untung rugi
Sesuai untuk bisnes kecil-kecilan seperti pasar tani, pasar malam, restoran kedai makan dan lain-lain
Yang kedua kaedah modal kerja
Kaedah ini sesuai sekiranya korang menjalankan perniagaan jenis koprat atau yang berskala besar. Contohnya syarikat sdn bhd, koperasi, trading dan lain-lain
Kebaikan membayar zakat bagi umat islam
#01 Taat perintah allah
Ini lah yang paling mustahak bagi kita sebagai peniaga yang beragama islam.
Tanda kita patuh dan taat kepada Allah adalah dengan melaksanakan kewajipan kita untuk membayar zakat perniagaan bila sudah cukup syarat-syaratnya
#02 Mencucikan harta
Sebagai orang islam, kita amat mementingkan keberkatan rezeki.
Sebagai manusia, kita memang tak lepas dari melaakukan kesilapan. Begitu juga dalam perniagaan yang kita jalankan. Mungkin kita dah buat sebaik mungkin berniaga mingikut cara dan landasan yang betul.
Tapi kita mungkin terlepas beberapa perkara kecil yang tidak disengajakan. Ianya mungkin di luar pemantauan kita. Jadi disini zakat dapat membantu kita untuk mencuci harta.
Zakat bertujuan menyuburkan dan membersihkan harta perniagaan daripada sebarang unsur salah timbang dan sebagainya.
#03 Dapat membantu mereka yang kurang berkemampuan
Dengan membayar zakat juga kita dapat membantu saudara kita yang kurang bernasib baik, atau kurang berkemampuan.
Bagi korang yang terlibat dengan syarikat/koperasi /pemilikan saham syarikat ;
Bagi syarikat atau koperasi yang membayar zakat, pemegang saham tidak perlu lagi membayar zakat atas saham dan dividen yang diterimanya.
Tetapi sekiranya syarikat atau koperasi tidak membayar zakat, maka pemegang saham muslim dalam institusi berkenaan wajib menunaikan zakat atas saham dan dividen mereka.
Walaupun tiada pemantauan, untuk membayar zakat. Namun inisiatif mengira dan membayar zakat adalah terletak ke atas Lembaga Pengarah yang telah diamanahkan oleh pemegang saham dan ahli-ahli bagi menjalankan urusan perniagaan.
Jika Lembaga Pengarah tidak diberikan mandat bagi menggunakan wang syarikat atau koperasi untuk membayar zakat, maka usul hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat agung tahunan.
Nak hidup bebas dari hutang? Baca caranya di sini
Tujuanya bagi mendapatkan kelulusan pemegang saham atau ahli-ahli untuk membayar zakat.
Jika usul membayar zakat tersbut tidak diluluskan, maka kewajipan berzakat akan menjadi
tanggungjawab kepada pemegang-pemegang saham muslim itu sendiri,
Pertanyaan lanjut ;
Bab zakat ni, sebaiknya janganlah kita pandang remeh. Sekiranya korang ada kemusykilan atau pertanyaan berkaitan zakat perniagaan ni, boleh hubungi pusat zakat negeri masing-masing.
Bagi wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ;
Alamat :
MYZAKAT
Wisma PPZ, 68-1-6,Dataran Shamelin,
Jalan 4/91 Taman Shamelin Perkasa,
Cheras 56100 Kuala Lumpur, Malaysia
laman web www.zakat.com.my
Talian telefon : 1-300-88-5757.
0 Comments