Banyaknya masalah akan selesai jika kita bebas hutang. Hidup pun makin tenang, aman dan bahagia.
Sebut pasal hutang, saya percaya tiada siapa yang nak berhutang.
Desakan hidup dan keadaan keadaan ekonomi kadang menjadi punca ramai antara kita berhutang.
Pengalaman sendiri
Pengalaman saya sendiri, ketika melanjutkan pengajian ke institutusi awam, mahu tak mahu saya terpaksa memohon pinjaman pendidikan bagi membiayai yuran pengajian dan kos sara hidup ketika di institut awam.
Keluarga saya pula bukanlah golongan senang. Mak ayah menyara kami 5 beradik ketika itu. Dan punca pencarian kami hanya bergantung dengan ayah seorang sahaja yang bekerja.
Kami 5 beradik ketika itu semua ada di intitusi awam, ada di sekolah menengah dan sekolah rendah.
Gaji ayah pula ketika itu hanya RM800 sebulan untuk menampung sara hidup kami sekeluarga.
Ada satu ketika ayah 2 tahun tiada kerja, walaupun dah berusaha mencari kerja. Macam-macam ayah buat untuk cari duit bagi menyara kami sekeluarga.
Gaji kecil tapi tetap cukup
Syukur Alhamdullilah walupun gaji dan pendapatan ayah kecil, kami sekeluarga tak pernah rasa kekurangan.
Walaupun ada ketika, mak terpaksa meminjam dengan keluarga dan jiran. Sedih sungguh kalau imbas balik.
Korang yang lahir dalam keluarga kategori B40 mesti faham situasi saya pernah alami.
Berbalik kepada topik kita berkaitan hutang, syukur alhamdullilah walaupun belum setel semua, sebahagian dari hutang-hutang saya telah langsai.
Termasuklah hutang pendidikan tu.
Tinggal sebahagian lagi hutang rumah dan hutang kereta.
Roh Tergantung Akibat Hutang, Berusahalah Bebas Hutang
Sebagai penganut Agama Islam, kita memang sangat dituntut untuk langsaikan hutang ketika hidup.
Sebab hutang dekat dunia ni, kena langsaikan dekat dunia sebaik-baiknya.
Bagi ahli keluarga yang dah meninggal, warislah yang kena langsaikan.
Anas bin Malik berkata: “Kami pernah bersama Rasulullah SAW, lalu baginda mendatangi seseorang yang sedang disolatkan. Baginda pun bertanya, “Apakah sahabat kalian ada memiliki hutang?” Mereka menjawab, “Ya.”
Lalu baginda bersabda: “Lalu apa manfaatnya bagi kalian jika aku mensolatkan orang yang rohnya pun tidak naik ke langit? Jika ada orang yang menjamin hutangnya, aku akan mengerjakan solat untuknya kerana sesungguhnya solatku akan bermanfaat baginya.” (Riwayat at-Tabarani)
Kalau didunia ni dah cukup perit, ni kan pula azab yang kita kena tanggung akibat tak bayar hutang di akhirat.
Hutang yang tak langsai dekat dunia ni, si pemberi hutang akan tuntut di akhirat kelak.
Jika lepas di dunia, akhirat belum tentu.
Maaf, saya bukan ustaz mahupun dai’e. Sekadar sama-sama kita ingat-mengigati sebagai tanggungjawab sesama islam.
Tips Bebas Hutang Cara Mudah
Tips ini berdasarkan pengalaman apa yang saya praktikan. Korang pun boleh praktikkan sama.
Misi anak muda bebas hutang. Tengok caranya di sini
#1 Berhenti tambah hutang
Yang ni kena azam dan buat betul-betul. Tak perlu pakar kewangan bagi nasihat. Secara logiknya, macam mana hutang kita nak habis bayar, kalau kita sentiasa tambah hutang?
Buat bisnes dan untung dalam USD, boleh guna untuk bayar hutang. Belajar di sini
#2 Tahan nafsu dari kebendaan dan gaya hidup mewah
Biar miskin, asal bergaya. Kalau amal perinsip ni percayalah hidup akan jadi makin teruk dan porak peranda.
Sudah-sudah lah beli benda yang bukan keperluan. Berpijak di dunia yang nyata. Dah tahu tak mampu, buat cara tak mampu…
Serius tak mati pun, kalau hidup bersederhana dan ikut kemampuan.. malah kepala lebih ringan jika hutang berkurang.
#3 Langsaikan hutang interest rate paling tinggi terlebih dahulu
Cuba ambil masa, senaraikan semua hutang yang ada.
Senaraikan hutang yang mempunyai kadar interest rate paling tinggi ke rendah.
Hutang dengan kadar interest rate paling tinggi yang korang kena langsaikan secepat mungkin dan jangan bertangguh.
Jika dah langsai hutang tu, bajet sebelum ni korang guna untuk bayar hutang pertama, korang guna untuk bayar hutang yang kedua pula yang ada dalam list hutang tu.
Begitulah seterusnya hingga selesai
#4 Guna duit BONUS bayar hutang
Kalau korang bekerja dan setiap tahun ada bonus, boleh gunakan duit bonus untuk langsaikan hutang lebih afdal.
Sabar ya, mungkin ada yang cakap dah penat kerja setahun, nak jugak reward diri dan keluarga.
Bukan tak boleh nak hargai usaha penat lelah korang, nak reward diri atau keluarga. Cuma kena fikir dan bertindak ikut apa yang penting dahulu.
Kalau tak semua, sebahagian korang guna untuk reward diri dan keluarga sebahagian lagi untuk langsaikan hutang…
Tepuk dompet, ingat hutang!
Bebas Hutang Hidup Merdeka Inilah Caranya!
Saya nak suggestkan 1 panduan tentang cara untuk bebas hutang ni.
APA YANG TERKANDUNG DALAM PANDUAN INI?
Terdapat begitu banyak info, tips, teknik, ilmu serta pengalaman sebenar dikongsikan di dalam ebook ini!. Antaranya adalah seperti berikut…
Untuk itu, bagi korang yang berazam untuk bebas hutang tahun ni ambil masa, cubalah baca dan belajar dari perkongsian DR. HM TUAH ISKANDAR al-Haj.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.
0 Comments