Soalan temuduga SPA ini memang dicari oleh calon-calon yang memang bersungguh dan dapatkan kerja dengan kerajaan.
Kerja kerajaan, biasa inilah impian mak ayah kan. Katanya lagi terjamin, lagi cerah masa depan sebab ada pencen. Senang nak cari memantu..hehehe..
Gagal temuduga SPA, bukan bermakna berakhir sebuah impian, tak dapat tahun ini, tahun depan, kita cuba lagi ye
Contoh Soalan Temuduga SPA Dan Jawapan
Antara soalan temuduga SPA yang selalu dan memang kerap kali di tanya adalah tentang topik:
- Pengenalan diri
- Kelayakan dan pengalaman
- Info jawatan
- Penyelesaian masalah
- Pengetahuan Am
- Pengetahuan Kenegaraan
- isu semasa
Pengenalan Diri
Soalan ini adalah soalan wajib bila temuduga. Ini adalah untuk menguji calon dan dari sini juga boleh kesan kelemahan dan kekuatan yang ada pada diri calon.
Ini juga bertujuan untuk melihat sejauh mana persediaan calon dan juga dari aspek peribadi juga.
Biasa kita akan ditanya dengan macam ni
“Sila perkenalkan diri awak ye…”
“Sila terangkan mengenai diri awak”
Contoh jawapan baik yang boleh diambilkira
Nama saya Sofea Insyirah Bt Mohd Shahzri. No kad pengenalan saya ialah 092345-16-9822. Sejak dari bangku sekolah lagi, memang sya berminat sangat dengan kerjaya dalam bidang kesihatan ini.
Untuk mencapai matlamat ini, saya telah mengikuti kursus Biokimia di Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2017-2020
Sepanjang pengajian, saya memberikan tumpuan yang sebaiknya sehingga saya berjaya mendapat dekan dalam beberapa semester iaitu semester 2,3 dan 4.
Saya juga mempunyai pengalaman bekerja di makmal sebagai Research Asistent selama 2 tahun.
Selain dari dari, saya juga ada pengalaman sebagai pekerja kontrak dalam bidang kesihatan awam di sektor swasta.
Saya yakin dan percaya, dengan gabungan kelayakan akademik dan pengalaman yang saya ad aini, In shaa Allah saya boleh memegang amanah untuk memikul tanggungjawab yang di beri.
Kelayakan dan pengalaman
Soalan yang biasa diberi
Nampaknya awak baru sahaja tamat pengajian di IPTA adakah awak ada pengalaman bekerja?
Biarpun saya baru tamat belajar, dan masih dalam mood bercuti panjang, tapi saya tetap menggunakan masa cuti ini untuk menimba pengalaman bekerja.
Buat masa sekarang, saya bekerja di Klinik Perubatan Adam, iaitu salah sebuah klinik yang terkenal di bandar ini.
Masa yang terluang saya gunakan dengan sebaiknya untuk belajar tentang bidang kesihatan, kerana saya percaya kerjaya saya selepas ini pun pasti berkait dengan kesihatan kerana ini memang minat saya.
Baca pengalaman yang dah permah lulus temuduga SPA di sini
Temuduga Dalam bahasa Inggeris?
Jika pegawai temuduga bertanya dalam Bahasa Inggeris, sila jawab dalam bahasa yang sama. Biarpun hanya simple English, layankan sahaja.
Kadang-kadang pegawai tersebut ingin melihat respond calon dan cara calon bertindak balas dengan soalan sahaja.
Soalan Penyelesaian masalah
Contoh soalan yang pernah ditanya
Sekiranya awak di terima dalam sektor ini, apakan yang perlu awak buat untuk mewujudkan persekitaran yang positif semasa bekerja?
Adalah sangat penting untuk kita semua bekerja dalam keadaan yang positif dan penuh semangat, kerana ini semua akan memberi kesan kepada prestasi kerja dan produktiviti.
Untuk mewujudkan persekitaran yang positif dan tenang semasa bekerja, setiap pekerja perlulah memahami peranan dan kerja masing-masing. Saling bekerja sama dan bantu membantu antara satu sama lain.
Di samping itu juga, saya berpendapat pembahagian tugas yang adil dan seimbang adalah sangat penting. Ini dapat mengelakkan rasa tak puas hati atau saling membanding antara pekerja.
Soalan Berkaitan Kenegaraan
Biasa topik ini adalah topik yang agak mengerikan bagi calon SPA. Perlukan penelitian yang lebih tentang pengetahuan am dan juga sejarah.
Kebiasaannya pegawai temuduga suka bertanyakan soalan yang trending atau ikut peredaran semasa.
Contoh soalan yang ditanya adalah
1- Siapakah yang memperkenalkan 1Malaysia dan apa yang awak faham tentangnya?
2- Sebagai rakyat Malaysia, apakah yang perlu dilakukan untuk menyatupadukan semua kaum yang sekarang semakin berpecah dan saling mementingkan diri sendiri?
3- Awak ingat Rukun Negara kan? Sebutkan rukun negara ke 3
4- Apa beza raja dengan agung?
5- Apakah tema kemerdekaan tahun ini?
Antara soalan killer untuk melihat persediaan calon juga adalah :
1- Awak sanggup tak kalau di hantar ke Sabah atau Sarawak?
2- Kerja ini sangat banyak tekanan, dan perlukan kerja lebih masa. Awak boleh bekerja di bawah tekanan?
Bianya soalan temuduga SPA yang ditanya tak lari dari 7 perkara yang dinyatakan di atas.
Contoh soalan yang diberikan di atas hanyalah sebagai satu gari panduan sahaja. Tak bermaksud anda smeua akan dapat soalan yang sama seperti di atas.
Untuk persediaan rapi dengan Temuduga SPA boleh terus rujuk dekat sini.
0 Comments